12 Jun 2010

Antara Penipuan Israel berkenaan Freedom Flotilla (Flickr)

Assalamualaikum wbt.

Saya, Akmal Amri, layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini

Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan.

Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA



Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi.

Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja.

*******

Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil.



Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil




Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spray, tapi bukti itu bukannya bertarikh tahun 2010...



Satu lagi gambar senjata Pepper Spray yang bertarikh 2003, tapi dikaitkan dengan Flotilla yang diadakan pada 2010



Ini pula gambar pemotong besi yang bertarikh 2006, tapi telah diedit menjadi 2010, seolah-olah ianya wujud di atas Flotilla. Hebat Israel ni!



Kebodohan Israel dalam menipu dunia juga tidak terhenti di situ. Ini pula gambar Night Vision yang sibuk diwar-warkan dibawa oleh Flotilla, kononnya untuk Hamas.

Yang anehnya, gambar ini bertarikh 2006.



Kepada yang ingin memeriksa keshahihan emel ini, sila layari halaman Flickr Israel Ministry of Foreign Affairs di SINI

Semoga bermanfaat.

Yang benar,

Mohd Akmal bin Amri
BSc Accounting and Finance
University of Warwick, UK

p/s: saya cari sendiri semua gambar ni setelah mendapat hint daripada website ini, maka emel ini bukanlah dipanjangkan secara membuta tuli tanpa usul periksa. Sila semak website Flickr IsraelMFA untuk pengesahan

Buletin 9


buletin di atas disediakan oleh salah seorang ahli yang prihatin akan trend mahasiswi2 berpakaian, khususnya ketika bersukan dan ketika DINNER.
Secara peribadi saya menganggap buletin ini mungkin bersifat 'menghukum' atau 'panas' bagi sesetengah orang.
Untuk meraikan usaha pihak menyiapkan buletin ini, saya post juga dalam blog ini.
Harap sesiapa yang membaca buletin ini akan faham maksud sebenar buletin ini yang bukan bermaksud menghukum melainkan menunjuk jalan.
Selain wanita, lelaki juga memikul amanah yang sama, bahkan lebih diberatkan dalam hal pendidikan kaum keluarga dan penyediaan persekitaran yang seiring ajaran wahyu. Tiadalah patut bagi seseorang mempunyai fikiran bahawa hanya perempuan punca segala masalah.
Sayogia saya lebih mempercayai bahawa memperbanyak syiar islam dan dakwah lembut lebih memberi kesan ke dalam hati-hati manusia. ^_^ seperti kata Imam Hasan AlBanna: Kita Dai bukan Kadi (Du'ât Lâ Qudlât), maknanya kita memdidik bukan menghukum.
Tutuplah aurat sebagaimana yang diajar wahyu, kerana kewajipan yang diberatkan kepada kaum hawa juga kaum adam ini hanya Allah yang mengganjarinya, dan penuh hikmah. Baik perempuan,cantiklah bangsa. Amanah lelaki,selamatlah dunia.

Tips Penjagaan Gigi




oleh Dr Aini Hayati bt Rahim, BDSc

Berapa ramai di antara kita yang risau jika terlupa menggunakan floss sebelum tidur? Berapa ramai pula yang tahu bahawa sebaik sahaja bayi anda telah mendapat gigi pertamanya, dia sepatutnya dibawa berjumpa dengan doktor gigi? Berapa ramai yang menyangka bahawa mulut dan gigi mereka sihat bila mana mereka tidak mengalami sebarang kesakitan mulut ataupun gigi? Sejauh mana sebenarnya pengetahuan asas anda tentang kesihatan oral (mulut dan gigi)?

Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita berbanding bahagian badan yang lain. Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita. Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi.

Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia dan ini mencerminkan kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya kesihatan gigi. Samada kesedaran individu mahupun peranan kerajaan dalam menyebarkan kempen dan menyediakan prasarana, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing. Apa kata, anda yang sedang meneliti artikel ini mulakan dengan diri sendiri untuk mempraktikkan penjagaan oral yang optimum, dan selepas itu sebarkan kesedaran kepada orang sekeliling, dan yang penting menerapkan kepentingan kepada anak-anak kita sejak usia yang mentah. Lenturlah buluh sejak dari rebungnya.

Untuk pengetahuan anda, dengan penjagaan oral yang baik, anda kemungkinan besar dapat mengelak dari menjalani prosedur menampal gigi dan cabutan gigi untuk seumur hidup anda! Ya, untuk hidup seumur hidup anda bebas dari sebarang tampalan gigi; sesuatu yang bukan mustahil. Bunyinya menarik bukan? Siapa yang suka debaran berjumpa doktor gigi dan kemudian terpaksa pula membayar jumlah yang mahal untuk temujanji yang menyeksakan itu. Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.

  1. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
  2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
  3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal. Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!

Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45darjah ke arah gusi, manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.

Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing. Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.

Mungkin tidak terlambat untuk saya berkongsi artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Mei tentang kajian yang mengaitkan kesihatan mulut yang rendah dengan penyakit jantung. Kajian itu bukanlah yang pertama seumpamanya, dan fakta itu adalah sesuatu yang kukuh dan sudah establish di kalangan pengamal pergigian.

Pesanan dari saya, jagalah kesihatan anda!

Dr Aini Hayati bt Abdul Rahim
School of Dental Science
University of Melbourne, Australia

04 Jun 2010

mahu belajar bahasa turki?


Yaşasın Türkiye!
(Hidup Turki!)


Biz Türkiyeyi Destekliyoruz!
(Kami Menyokong Turki!)

Türkiye, Senin Arkandayız!
(Turki, Kami di belakangmu!)

İsrail Akibetini Görecek!
(Israel akan Mendapat Balasannya!)
Biz Bir Milletiz!
(Kita Satu Ummah!)
Hilafet Gemisi Nerede Batmışsa Oradan Çıkacak!
(Di Mana Kapal Khilafah Tenggelam, Dari Situlah Ia Akan Timbul!)

Türkiye Seninle Gurur Duyuyor!
(Turki, Kami Bangga Denganmu!)


Penulis sangat meminati Turki. Kalau berduit lebih, penulis mahu ke sana. Dengan modal wang belanja dan kamera baru, penulis akan menjelajah seluruh Turki insyaAllah.




Hagia Sophia , Turkey (Masjid Aya Sofia, kini dijadikan muzium oleh sekularist, salah satu mercu tanda Turki)
Kenapa?

Turki adalah kenangan manis mereka yang bergelar muslim. Penulis adalah seorang muslim yang tahu sedikit sebanyak tentang kenangan manis ini.

Tahukah anda bahawa Kerajaan Khilafah Islam terakhir adalah di Turki? Barat menamakan kerajaan ini Ottoman Empire. Peranan yang dimainkan kerajaan ini besar, antaranya bertindak seperti PBB atau OIC bagi seluruh dunia Islam pada masa tersebut. Jatuh pada 1924 setelah bertahan berkurun-kurun daripada serangan barat dan yahudi sama ada dalam bentuk politik, kewangan dan ketenteraan.


wilayah pengaruh Uthmaniah zaman moyang2 kita dulu-dulu

Jangan terkejut jika fenomena Ottoman Empire ini disebutkan dalam banyak buku sejarah orientalis Barat (walaupun dari sudut mereka yang berat sebelah). Banyak buku ini boleh didapati di perpustakaan PTAR 1.





salah satu dari puluhan buku tentang sejarah khilafah di PTAR1

Tahukah kita bahawa jasa kerajaan ini mendapatkan Constantinople (Istanbul, Turki) pada tahun 1453 pernah disebutkan dalam hadis Rasul? Gambar dibawah ialah Sultan Muhammad el-Fatih, sebaik-baik ketua yang memimpin sebaik-baik tentera yang disebut nabi. Beliau hidup 800 tahun setelah kewafatan nabi. Strategi beliau (warfare) diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.





Sultan Muhammad al-Fatih


Penulis pernah cuba membentangkan tajuk "SIGNIFICANCE OF OTTOMAN EMPIRE TO US" ketika pembentangan 'presentation skills' di UiTM.

Penulis kecewa kerana mungkin sejarah ini jarang diperkatakan, penulis ditanya semula oleh salah seorang 'audien' "Can you tell me what is the significance of Ottoman Empire to us?".Mungkin penulis kurang meletak gambar, atau cara pembentangan penulis yang mengarut dan membosankan- gagal menyampaikan mesej kepada audien. Setelah membebel selama lebih 10 minit dihadapan kelas, baru penulis sedar yang sebenarnya 'saya syok sendiri'..sedihnya.

Apa yang penting adalah kita sedar dan tahu dimana kita berada sekarang. Siapa yang tidak tahu sejarah, kemungkinan besar orang ini akan mengulangi sejarah itu.

Turki adalah memoir umat. Tangis umat Islam zaman datuk nenek kita (maksud saya awal 1900-an) telah ditenggelamkan penjajah British! Payung gergasi umat Islam yang melindungi muslimin dan muslimat, agama ini dan 3 tanah suci umat Islam telah hilang!

Sedarkah kita?

Perkara besar ini telah luput dari minda berjuta-juta umat islam hari ini termasuk student2 UiTM. Apa nak buat,nasib badan....
Kini dengan kerajaan pimpinan perdana menteri Recep Tayyip Erdogan, rakyat Turki boleh dikatakan bangkit daripada pemikiran sekular kepada sekurang-kurangnya seperti kita. Isu pengharaman tudung sudah ditarik balik di turki memberi isyarat bahawa Islam boleh kembali diamalkan di Turki setelah Islam dijadikan barang purba oleh Mustafa Attartuk yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniah ini. Dan sekarang Turki adalah satu-satunya negara sunnah di rantau Asia Barat yang berani mengecam Israel.

Dimana kapal khilafah tenggelam, disitu ia akan timbul kembali!

Lambang zionis di dalam komputer anda??




Lambang zionis di dalam komputer anda??
Sila pergi ke c drive komputer anda dan lihat di sini :
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF
Itu adalah gambar lambang kemenangan zionis.... Untuk delete gambar ni,copy link di bawah: C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\ kemudian cari file J0285926.WMF Harap tolong hebahkan.