29 Ogos 2010

buletin ramadhan 2


buletin ramadhan




Mari kita memburu malam lailatul qadar.


Oleh ustaz Muhammad Fauzi

Kita memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita cukup kuat dan bersedia untuk menghidupkan 10 malam terakhirRamadhan ini.

Secara ringkas ingin saya kongsikan beberapa maklumat tentang malam lailatul qadr.

Ibnu Hajar, ulama yang mentafsirkan Sahih Bukhari berkata bahawa terdapat 39 pendapat ulama berkenaan bilakah malam lailatul qadr.
Pendapat yang paling kuat adalah ia jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis di antaranya: “… carilah ia pada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.”
10 malam terakhir bulan Ramadhan tidak semestinya bermula pada malam ke 21. Sebaliknya 10 malam terakhir itu dikira dari belakang. Jika tahun ini Ramadhan hanya 29 hari,10 malam terakhir bermula dari malam ke 20 Ramadhan.
Tidak ada tanda bahawa malam itu adalah malam lailatul qadr. Pendapat yang mengatakan bahawa cuaca akan dingin, suasana akan tenang, malam tidak berbintang dan sebagainya adalah pendapat yang tidak berasas sama sekali.
Berkenaan ianya akan jatuh pada malam-malam ganjil, ganjil itu juga dikira dari belakang berdasarkan kepada beberapa hadis seperti “…. tujuh yang baki …. tiga yang baki…” dan sebagainya. Dengan itu perlu dilakukan ibadah mengejar lailatul qadr juga pada malam-malam 20, 22,24,26,28 dan 30.
Ibadah yang perlu ditumpukan pada malam 10 malam yang terakhir adalah solat malam, tilawah al-Quran dan iktikaf.
Perlukah solat malam mengikut tertib seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia; solat taubat, solat tasbih dan solat hajat? Jawapannya tidak perlu. Sebaliknya boleh dilakukan dalam apa bentuk yang kita selesa.
Adakah solat tasbih perlu dilakukan pada setiap 10 malam terakhir itu? Solat tasbih adalah solat yang menjadi khilaf ulama. Ibnu Taimiah berpendapat hadis berkenaan solat tasbih adalah hadis palsu. Dr. Yusof Qardhawi berpendapat hadis tersebut adalah dhaif dan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk melakukannya walau pun beliau tidak menolak bahawa ia harus dilakukan.
Jika seseorang itu tidak menghafal al-Quran dan ingin melakukan solat dengan bacaan al-Quran yang panjang, beliau boleh memegang al-Quran sambil solat dengan syarat jangan melakukan pergerakan yang banyak selain dari memegang al-Quran tersebut.
Jika beliau letih, beliau boleh solat duduk (samada duduk seperti tahiyat atau duduk di atas kerusi). Solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk.
Iktikaf di waktu malam kemudian ke tempat kerja selepas Subuh, dan kemudian pulang semula ke masjid untuk beriktikaf; ketika berada di tempat kerja, sebahagian ulama berpendapat bahawa beliau masih lagi di dalam keadaan iktikaf dan masih mendapat pahala iktikaf.
Ibadah-ibadah lain seperti sedekah juga akan digandakan pahalanya di malam lailatul qadr.
Urusan-urusan dakwah lain seperti mendamaikan antara dua yang bermusuhan dan sebagainya juga akan digandakan pahalanya pada malam lailatul qadr. Tetapi harus diatur agar urusan-urusan seumpama itu memberikan ruang juga untuk ibadah-ibadah khusus.
Urusan-urusan sambutan Raya seperti membeli baju dan lain-lain seharusnya dilakukan awal sebelum 10 malam terakhir itu agar kita dapat memberikan tumpuan kepada 10 malam terakhir.
Wallahu a’lam bissowab.

14 Ogos 2010

Khutbah Rasul Menjelang Ramadhan.flv

antara DS220, hidup dan tanggungjawab



  • sejak Adam hidup di dunia hingga sekarang, Tuhan menganugerahkan agama tauhid untuk menyelamatkan manusia
  • anak2 adam juga terbahagi kepada ribuan bangsa, ada bangsa muslim dan yang bukan muslim
  • beban seruan dakwah terletak pada bangsa muslim
  • namun sekarang bangsa muslim meninggalkan dakwah dan majoriti sibuk dengan hidup
  • dakwah sekarang yang terbayang dimata majoriti melayu: lelaki2 berjanggut dan berbaju kurta pakistan yang berjalan dari rumah ke rumah dan tidur di masjid
  • bangsa muslim tidak menyebarkan dakwah, malah perlu didakwahkan!
  • saya melihat ini suatu kesedihan yang perlu ditangani khasnya kepada pemuda2 yang masih kuat
  • kita mahukan para pemuda yang menonjolkan Islam sebagai agama yang compatible dan maju
  • kita mahukan pemuda yang sentiasa mengharapkan ampun dari Tuhan seiring dengan minat mewara-warakan agama di tempat sendiri
  • kita juga perlukan pemuda yang tak leka dengan kesibukan, ikhtilat dan cinta, dan meletakkan pioriti pada susunan yang salah.
  • kita mahukan pemuda yang mempunyai roh baru ditengah-tengah masyarakat
  • arruhul jadid fi jasadil ummah...
  • kita berdoa agar mujaddid yang dijanjikan Allah setiap 100 tahun itu segera muncul
  • wallahualam

13 Ogos 2010

HARI INI DALAM SEJARAH (3 RAMADHAN 9 HIJRAH)


WAKIL THAIF DATANG BERJUMPA RASUL SAW UNTUK MENYATAKAN KEISLAMAN MEREKA

Dakwah Rasul SAW ke Thaif mendapat tentangan hebat. Namun akhirnya mereka menerima dakwah Baginda SAW
Mereka datang berjumpa Rasul SAW sekembalinya Baginda SAW daripada Tabuk 9 hijrah
Awalnya, ketua mereka ‘Urwah bin Mas’ud al-Thaqafi datang menemui Baginda SAW sekembalinya Baginda dari peperangan al-Thaif (Zulqaedah 8 hijrah). Sekembalinya daripada Madinah, beliau terus menemui kaumnya dan mengajak mereka kepada islam. Malangnya dakwah beliau telah ditolak. Malah beliau turut di bunuh.
Setelah itu mereka bermesyuarat & hasilnya mereka mendapati bahawa mereka lemah utk memerangi seluruh masyarakat arab yang telah memeluk islam ataupun yang telah berbai’ah dengan Rasul SAW.
Mereka bersetuju utk melantik Abdul Yalil Ibn Amr sebagai wakil mereka menemui Rasul SAW. Awalnya beliau menolak kerana khuatir beliau hanyalah umpan & akan diperlakukan seperti ‘Urwah bin Mas’ud. Lalu, Abdul Lalil meminta utk dihantarkan bersamanya beberapa sahabat yang lain. Mereka bertolak ke Madinah untuk menemui Rasul SAW seramai 6 orang. Antaranya ialah Abdul Yalil & Uthman bin al-‘As (wakil termuda).
Mereka di sambut baik oleh Rasul SAW. Rasul SAW mendirikan khemah khusus untuk mereka di tepi masjid, supaya mereka berpeluang mendengar bacaan al-Quran & melihat muslimin sembahyang.
Uthman bin al-‘As adalah utusan yang paling berpotensi & paling bersemangat dalam mempelajari & mendalami islam. Walaupun beliau paling muda. Ketika utusan2 lain ber’qailulah, Uthman telah keluar bersendirian berjumpa Rasul SAW atau sahabat2 yang lain untuk membaca al-Quran dan bertanya hal-hal agama. Beliaulah juga yang telah menjadi penasihat kepada kaum Thaqif ketika kemelut murtad berlaku.

*Diterjemahkan daripada Risalah Ramadhan Mujamma’ Abu Qurah, Amman Jordan