11 Jun 2009

Kisah Rasul & Pengemis

KISAH RASULULLAH DENGAN PENGEMIS


Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?”

Aisyah RA menjawab, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.” “Apakah itu?”, tanya Abu Bakar RA. “Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana,” kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, “Siapakah kamu?” Abu Bakar RA menjawab, “Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu.

“Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlak Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlak. Kalau pun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu…

05 Jun 2009

Hijrah

04 Jun 2009

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Mengakui masih ada gemuruh apabila berhadapan dengan orang ramai, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai perjalanan unik menjadi salah seorang motivator nasional. Beliau melihat gemuruh adalah tanda pengucap awam itu menghormati tahap intelektual audien yang mendengar.


Mengakui masih ada gemuruh apabila berhadapan dengan orang ramai, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mempunyai perjalanan unik menjadi salah seorang motivator nasional. Beliau melihat gemuruh adalah tanda pengucap awam itu menghormati tahap intelektual audien yang mendengar.


Berpengalaman mengendalikan lebih enam ribu kursus motivasi, Fadzilah mengakui pilihan keluar dari dunia makan gaji pada awalnya tidak dipersetujui oleh ahli keluarganya, iaitu ayahnya sendiri pada 15 tahun lalu ketika beliau masih menduduki jawatan profesor madya di universiti awam.


Jelas Fadzilah, tekanan kepada individu mencetuskan daya kreativiti dalam diri. Ia mencetuskan tenaga apabila berhadapan dengan cabaran. Niat merangsang orang lain ke arah perubahan juga dilihat sebagai satu tekanan kepada diri agar memberikan sesuatu yang terbaik.


Budaya membaca yang diterapkan dalam amalan hidup menjadikan Fadzilah lebih bersedia dan peka dengan keadaan semasa yang menuntut perubahan. Menjadikan amalan membeli sepuluh buah buku sebulan, beliau memastikan tiga hingga empat buah buku selesai dibaca dalam tempoh seminggu.


Memetik kata-kata, “Apabila kamu membandingkan diri kamu dengan orang lain, maka kamu telah menghina diri kamu,” menjadikan Fadzilah Kamsah terdorong melihat pembahagian kehebatan diri manusia oleh Allah adalah setara tetapi dalam pakej yang berbeza. Di sini perlunya bagi individu memahami dan mengurus bakat yang sedia dimiliki.

motivasiminda.wordpress.com