26 Jun 2012

Kita Tak Sama

Kisah ini kisah salafus soleh, kisah sahabat2 teragung, kisah generasi Al Quran yang unik.

Utman bin Affan ketika itu sedang berehat sambil melantun bait Al Quran di rumahnya. Dari jendela dia melihat di kejauhan ada susuk tubuh seorang lelaki, sedang berlari-lari mengejar seekor anak unta. Matahari saat itu bagaikan hanya sejengkal dari kepala, panasnya MasyaAllah, dan lelaki tersebut menutup wajahnya dari pasir yang berterbangan dengan serbannya.

Setalah diamati, Uthman berseru, MasyaAllah, bukankah itu Amirul Mukminin??

Ya lelaki tinggi, tegap itu Umar bin Al Khattab.

Lalu Uthman dari pintu rumahnya berteriak sekuat tenaganya. " Ya Amirul Mukminin!!"

“Apa yang kau lakukan di tengah angin yang ganas ini? Masuklah kemari!”

Dinding rumah Uthman berbunyi keras diterpa angin yang deras.

”Seekor unta zakat terpisah dari kawanannya. Aku takut Allah akan menanyakannya padaku. Aku akan menangkapnya. Masuklah hai ‘Utsman!” ’Umar berteriak dari kejauhan. Suaranya bergema memenuhi lembah dan bukit di sekalian padang.
“Masuklah kemari!” seru ‘Utsman,“Akan ku suruh pembantuku menangkapnya untukmu!”.

”Tidak!”, balas ‘Umar, “Masuklah ‘Utsman! Masuklah!”

“Demi Allah, hai Amirul Mukminin, kemarilah, Insya Allah unta itu akan kita dapatkan kembali.“

“Tidak, ini tanggung jawabku. Masuklah engkau hai ‘Utsman, anginnya makin keras, badai pasirnya mengganas!”

Angin makin kencang membawa butiran pasir membara. ‘Utsman pun masuk dan menutup pintu rumahnya. Dia bersandar, tergumam,

Ya,Saidina Umar berbeza, Saidina Uthman pun berbeza. Mereka tidak sama. Rasulullah pernah berdoa  "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" 

Hadtih riwayat At-Thabarani 

Kuatnya, gagahnya, bengisnya Umar AL Khattab ketika jahiliyyah dan ketika Islam, semua kelebihannya disandarkan utk ISLAM. Allahuakbar~

Dan Uthman, anak sang bangsawan yang terkenal dgn sifat pemalunya. Terbiasa hidup dalam kesenangan, Tidak dapat digambarkan Uthman berlarian dalam panas bersamanya. Maka tidak diminta Umar. Namun, kedua sahabat ini saling meneladani sesama mereka.

Anas bin Malik bersaksi atas kesungguhan Uthman untuk bersederhana. Ketika dia diangkat menjadi khalifah, Anas berkata, "Aku melihat tidak kurang dari 30 jahitan tampalan di serban dan jubah Saidina Uthman"

Allah. Hebatnya para sahabat. Dalamnya aqidah Rasulullah tanam dalam diri mereka, zuhud di dunia mengharap syurga di sana.

Pointnya, Umar dan Uthman tidak sama. Punya peribadi punya kelebihan yang berlainan. Kita juga tak sama, Dr Nik tak sama dengan Dean. Dean tak sama dengan Datin Mahyunah [hehe]. Semua hebat, tapi seni peribadi itu berbeza.  Allah beri kelebihan berbeza pada kita, yang pastinya kelebihan itu semuanya istimewa. Kita kan sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Ukuran kita tak sama . Ibaratnya orang yang kasutnya saiz 6 cuba untuk memakai kasut saiz 5, sepanjang perjalanan pasti kaki bakal sakit cuba utk muatkan kaki. Dan bila orang yang kakinya saiz 5 cuba pakai kasut saiz 6, x sampai beberapa langkah. pasti kaki di depan, kasut sudah tertinggal di belakang.

Ukuran yang x sama, tapi x bermakna kita x mampu menceduk sebanyak nya sifat2 terbaik dari orang lain terutamanya peribadi Rasulullah sendiri. Kita mengambil yang baik dan mengadun dengan cara kita sendiri. Style kita lah snang kata. Sebabnya nak tiru bulat kita tidak mungkin mampu. Takkan mungkin ada 2 orang yang serupa sebijik di dunia ini.

Kata Salim A Fillah dalam nukilannya dia bercerita,

Sungguh tidak bijak menuntut seseorang untuk menjadi orang lain di zaman yang sama, apalagi menggugatnya agar tepat seperti tokoh lain pada masa yang berbeza. ‘Ali ibn Abi Thalib yang pernah diperlakukan begitu, punya jawaban yang tepat dan lucu.

“Dulu di zaman khalifah Abu Bakar dan ‘Umar” kata lelaki kepada ‘Ali, “Keadaannya begitu tenteram, damai dan penuh berkah. Mengapa di masa kekhalifahanmu, hai Amirul Mukminin, keadaanya begini kacau dan rusak?”

“Sebab,” kata ‘Ali sambil tersenyum, “Pada zaman Abu Bakar dan ‘Umar, rakyatnya seperti aku.
Adapun di zamanku ini, rakyatnya seperti kamu!”

Dalam dakapan ukhuwah, segala kecemerlangan generasi Salaf memang ada untuk kita teladani. Tetapi caranya bukan menuntut orang lain berperilaku seperti halnya Abu Bakar, ‘Umar, “Utsman atau ‘Ali.

Allahu Allah. Menjadi yang terbaik biarlah dari sudut akhirat dan dunia. Bezanya untuk kita jadi seorang pelajar kuliyah pergigian dengan seorang pelajar muslim kuliyyah pergigian. Bezanya doktor dan doktor muslim. Taraf dan gajin nya mungkin sama dalam pandangan manusia namun nyata berbeza dari pandangan Allah SWT.

Mengorak langkah ke arah islam itu nyata memberatkan, nyata memenatkan, nyata bakal menyakitkan. Tapi, selalulah ingat, seberat, sepenat, sesakit yang kita rasa, tidaklah apa-apa berbanding sakitnya Bilal bin Rabah tatkala batu besar itu memnghempap perutnya dan pedihnya kaki Rasulullah yang kasut baginda dipenuhi batu dengan darah yang mengalir tidak henti-henti.

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah  dan carilah jalan untuk mendekatkan diri padaNya, dan berjuanglah di jalanNya, agar kamu beruntung." [5:35]


*rujukan salimafillah.com :)


kredit