29 Oktober 2010

Soalan-soalan Lazim Tentang Puasa dan Pergigian

dapatkan di sini

http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2010/08/soalan-soalan-lazim-tentang-puasa-dan.html

16 September 2010

sunnah dan kesihatan gigi


sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/434/1/

Secara kebetulan, saya baru-baru ini baru menelaah buku yang ditulis oleh Haifa binti Abdullah al-Rashid – semoga Allah memelihara beliau – yang sudah diterjemah atas judul Menghidupkan Sunnah-Sunnah Yang Terlupakan. Salah satu sunnah yang beliau senaraikan ialah berkenaan bersiwak, di mana beliau menukil kata-kata al-Allamah al-Sha‘ani rahimahullah: “Dalam kitab al-Badr al-Munir disebutkan bahawa ada lebih seratus hadis yang menyebutkan tentang siwak. Namun sungguh menghairankan, sunnah Nabi SAW yang banyak itu dilalaikan oleh kebanyakan orang bahkan oleh kebanyakan ahli fiqh. Ini adalah sebuah kerugian yang amat besar.”

Menyebut tentang siwak atau membersihkan gigi dengan kayu sugi, memang terdapat banyak hadis berkenaannya. Sebagai ulangkaji, izinkan saya menyalin beberapa darinya. ‘Abdullah ibn ‘Umar menerangkan: “Tidaklah Rasulullah SAW tidur melainkan siwak ada di samping baginda. Tatkala baginda bangun tidur, baginda terus bersiwak.” [Musnad Ahmad] Abu Hurairah pula meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Andaikata tidak memberatkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak setiap kali hendak mendirikan solat.” [Shahih al-Bukhari]

Al-Miqdam bin Syuraih meriwayatkan daripada ayahnya: “Aku bertanya kepada A’isyah, apakah yang terlebih dahulu dilakukan oleh Nabi SAW ketika masuk ke dalam rumah?” A’isyah menjawab: “Bersiwak.” [Shahih Muslim] Selain itu baginda juga pernah menyatakan: “Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan keredhaan Allah.” [Musnad Ahmad]

Demikianlah, dapat dirumuskan bahawa menjaga kebersihan gigi secara kerap merupakan sunnah yang penting, khususnya pada beberapa suasana seperti (1) Ketika bangun tidur, (2) sebelum berwudhu’, (3) sebelum mendirikan solat, (4) sebelum membaca al-Qur’an, (5) sebelum memasuki rumah, (6) setelah makan dan minum dan (7) ketika hendak bertemu dengan seseorang.

Rasulullah SAW bukan sahaja suka dan lazim bersiwak tetapi baginda juga suka melihat orang yang bersiwak. A'isyah RA menerangkan bahawa 'Abdul Rahman bin abu Bakar pernah masuk ke rumah menemui Nabi SAW. Ketika itu 'Abdul Rahman membawa siwak yang basah untuk membersihkan giginya. Mata Nabi SAW tidak terlepas dari memandang siwak itu sehingga akhinya A'isyah mengambilkan sebatang kayu siwak untuk baginda. [Sahih al-Bukhari].


Siwak pada masa kini

Terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan, adakah sunnah dalam menjaga kebersihan gigi terhad kepada siwak (kayu sugi) atau meluas kepada peralatan moden masa kini seperti berus, ubat dan flos gigi?

Saya bersikap terbuka dalam perbincangan ini. Sama ada dengan bersiwak, berus gigi atau kedua-duanya, yang penting kita menjaga kebersihan gigi kita. Bagi yang sudah sekian lama terlupa untuk melazimkan diri dengan amalan sunnah ini, dianjurkan berjumpa doktor gigi untuk membersihkan apa-apa kerak dan kotoran yang mungkin telah sekian lama bermastautin di celah-celah gigi.

29 Ogos 2010

buletin ramadhan 2


buletin ramadhan




Mari kita memburu malam lailatul qadar.


Oleh ustaz Muhammad Fauzi

Kita memasuki 10 malam terakhir Ramadhan. Moga kita cukup kuat dan bersedia untuk menghidupkan 10 malam terakhirRamadhan ini.

Secara ringkas ingin saya kongsikan beberapa maklumat tentang malam lailatul qadr.

Ibnu Hajar, ulama yang mentafsirkan Sahih Bukhari berkata bahawa terdapat 39 pendapat ulama berkenaan bilakah malam lailatul qadr.
Pendapat yang paling kuat adalah ia jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan berdasarkan kepada beberapa hadis di antaranya: “… carilah ia pada 10 yang terakhir dari bulan Ramadhan.”
10 malam terakhir bulan Ramadhan tidak semestinya bermula pada malam ke 21. Sebaliknya 10 malam terakhir itu dikira dari belakang. Jika tahun ini Ramadhan hanya 29 hari,10 malam terakhir bermula dari malam ke 20 Ramadhan.
Tidak ada tanda bahawa malam itu adalah malam lailatul qadr. Pendapat yang mengatakan bahawa cuaca akan dingin, suasana akan tenang, malam tidak berbintang dan sebagainya adalah pendapat yang tidak berasas sama sekali.
Berkenaan ianya akan jatuh pada malam-malam ganjil, ganjil itu juga dikira dari belakang berdasarkan kepada beberapa hadis seperti “…. tujuh yang baki …. tiga yang baki…” dan sebagainya. Dengan itu perlu dilakukan ibadah mengejar lailatul qadr juga pada malam-malam 20, 22,24,26,28 dan 30.
Ibadah yang perlu ditumpukan pada malam 10 malam yang terakhir adalah solat malam, tilawah al-Quran dan iktikaf.
Perlukah solat malam mengikut tertib seperti yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia; solat taubat, solat tasbih dan solat hajat? Jawapannya tidak perlu. Sebaliknya boleh dilakukan dalam apa bentuk yang kita selesa.
Adakah solat tasbih perlu dilakukan pada setiap 10 malam terakhir itu? Solat tasbih adalah solat yang menjadi khilaf ulama. Ibnu Taimiah berpendapat hadis berkenaan solat tasbih adalah hadis palsu. Dr. Yusof Qardhawi berpendapat hadis tersebut adalah dhaif dan beliau tidak menggalakkan orang ramai untuk melakukannya walau pun beliau tidak menolak bahawa ia harus dilakukan.
Jika seseorang itu tidak menghafal al-Quran dan ingin melakukan solat dengan bacaan al-Quran yang panjang, beliau boleh memegang al-Quran sambil solat dengan syarat jangan melakukan pergerakan yang banyak selain dari memegang al-Quran tersebut.
Jika beliau letih, beliau boleh solat duduk (samada duduk seperti tahiyat atau duduk di atas kerusi). Solat sunat boleh dilakukan dengan cara duduk.
Iktikaf di waktu malam kemudian ke tempat kerja selepas Subuh, dan kemudian pulang semula ke masjid untuk beriktikaf; ketika berada di tempat kerja, sebahagian ulama berpendapat bahawa beliau masih lagi di dalam keadaan iktikaf dan masih mendapat pahala iktikaf.
Ibadah-ibadah lain seperti sedekah juga akan digandakan pahalanya di malam lailatul qadr.
Urusan-urusan dakwah lain seperti mendamaikan antara dua yang bermusuhan dan sebagainya juga akan digandakan pahalanya pada malam lailatul qadr. Tetapi harus diatur agar urusan-urusan seumpama itu memberikan ruang juga untuk ibadah-ibadah khusus.
Urusan-urusan sambutan Raya seperti membeli baju dan lain-lain seharusnya dilakukan awal sebelum 10 malam terakhir itu agar kita dapat memberikan tumpuan kepada 10 malam terakhir.
Wallahu a’lam bissowab.

14 Ogos 2010

Khutbah Rasul Menjelang Ramadhan.flv

antara DS220, hidup dan tanggungjawab



  • sejak Adam hidup di dunia hingga sekarang, Tuhan menganugerahkan agama tauhid untuk menyelamatkan manusia
  • anak2 adam juga terbahagi kepada ribuan bangsa, ada bangsa muslim dan yang bukan muslim
  • beban seruan dakwah terletak pada bangsa muslim
  • namun sekarang bangsa muslim meninggalkan dakwah dan majoriti sibuk dengan hidup
  • dakwah sekarang yang terbayang dimata majoriti melayu: lelaki2 berjanggut dan berbaju kurta pakistan yang berjalan dari rumah ke rumah dan tidur di masjid
  • bangsa muslim tidak menyebarkan dakwah, malah perlu didakwahkan!
  • saya melihat ini suatu kesedihan yang perlu ditangani khasnya kepada pemuda2 yang masih kuat
  • kita mahukan para pemuda yang menonjolkan Islam sebagai agama yang compatible dan maju
  • kita mahukan pemuda yang sentiasa mengharapkan ampun dari Tuhan seiring dengan minat mewara-warakan agama di tempat sendiri
  • kita juga perlukan pemuda yang tak leka dengan kesibukan, ikhtilat dan cinta, dan meletakkan pioriti pada susunan yang salah.
  • kita mahukan pemuda yang mempunyai roh baru ditengah-tengah masyarakat
  • arruhul jadid fi jasadil ummah...
  • kita berdoa agar mujaddid yang dijanjikan Allah setiap 100 tahun itu segera muncul
  • wallahualam

13 Ogos 2010

HARI INI DALAM SEJARAH (3 RAMADHAN 9 HIJRAH)


WAKIL THAIF DATANG BERJUMPA RASUL SAW UNTUK MENYATAKAN KEISLAMAN MEREKA

Dakwah Rasul SAW ke Thaif mendapat tentangan hebat. Namun akhirnya mereka menerima dakwah Baginda SAW
Mereka datang berjumpa Rasul SAW sekembalinya Baginda SAW daripada Tabuk 9 hijrah
Awalnya, ketua mereka ‘Urwah bin Mas’ud al-Thaqafi datang menemui Baginda SAW sekembalinya Baginda dari peperangan al-Thaif (Zulqaedah 8 hijrah). Sekembalinya daripada Madinah, beliau terus menemui kaumnya dan mengajak mereka kepada islam. Malangnya dakwah beliau telah ditolak. Malah beliau turut di bunuh.
Setelah itu mereka bermesyuarat & hasilnya mereka mendapati bahawa mereka lemah utk memerangi seluruh masyarakat arab yang telah memeluk islam ataupun yang telah berbai’ah dengan Rasul SAW.
Mereka bersetuju utk melantik Abdul Yalil Ibn Amr sebagai wakil mereka menemui Rasul SAW. Awalnya beliau menolak kerana khuatir beliau hanyalah umpan & akan diperlakukan seperti ‘Urwah bin Mas’ud. Lalu, Abdul Lalil meminta utk dihantarkan bersamanya beberapa sahabat yang lain. Mereka bertolak ke Madinah untuk menemui Rasul SAW seramai 6 orang. Antaranya ialah Abdul Yalil & Uthman bin al-‘As (wakil termuda).
Mereka di sambut baik oleh Rasul SAW. Rasul SAW mendirikan khemah khusus untuk mereka di tepi masjid, supaya mereka berpeluang mendengar bacaan al-Quran & melihat muslimin sembahyang.
Uthman bin al-‘As adalah utusan yang paling berpotensi & paling bersemangat dalam mempelajari & mendalami islam. Walaupun beliau paling muda. Ketika utusan2 lain ber’qailulah, Uthman telah keluar bersendirian berjumpa Rasul SAW atau sahabat2 yang lain untuk membaca al-Quran dan bertanya hal-hal agama. Beliaulah juga yang telah menjadi penasihat kepada kaum Thaqif ketika kemelut murtad berlaku.

*Diterjemahkan daripada Risalah Ramadhan Mujamma’ Abu Qurah, Amman Jordan

12 Jun 2010

Antara Penipuan Israel berkenaan Freedom Flotilla (Flickr)

Assalamualaikum wbt.

Saya, Akmal Amri, layari halaman Flickr rasmi Israel Ministry of Foreign Affairs di sini

Banyak gambar menarik yang menuduh bahawa misi kemanusiaan Freedom Flotilla ke Gaza itu membawa senjata untuk membantu Hamas. Mari kita kaji setiap gambar yang ditunjukkan.

Berikut ialah halaman utama Flickr Israel MFA



Buat makluman, setiap gambar yang diambil menggunakan kamera digital akan memiliki EXIF file yang menyimpan segala maklumat teknikal berkaitan gambar tersebut seperti Shutter Speed, Aperture size, ISO, Metering, tarikh dan macam-macam lagi.

Untuk mengkaji gambar-gambar di website MFA, kita akan merujuk kepada tarikh sahaja.

*******

Mereka kata kapal ini membawa jaket kalis peluru (bulletproof jacket). Tapi cuba tengok tarikh sebenar gambar itu diambil.



Mereka kata Freedom Flotilla membawa senjata iaitu lastik, tapi mari kita lihat tarikh sebenar gambar 'senjata' itu diambil




Mereka ada bukti bahawa orang di atas kapal tersebut membawa senjata berupa kapak dan pepper spray, tapi bukti itu bukannya bertarikh tahun 2010...



Satu lagi gambar senjata Pepper Spray yang bertarikh 2003, tapi dikaitkan dengan Flotilla yang diadakan pada 2010



Ini pula gambar pemotong besi yang bertarikh 2006, tapi telah diedit menjadi 2010, seolah-olah ianya wujud di atas Flotilla. Hebat Israel ni!



Kebodohan Israel dalam menipu dunia juga tidak terhenti di situ. Ini pula gambar Night Vision yang sibuk diwar-warkan dibawa oleh Flotilla, kononnya untuk Hamas.

Yang anehnya, gambar ini bertarikh 2006.



Kepada yang ingin memeriksa keshahihan emel ini, sila layari halaman Flickr Israel Ministry of Foreign Affairs di SINI

Semoga bermanfaat.

Yang benar,

Mohd Akmal bin Amri
BSc Accounting and Finance
University of Warwick, UK

p/s: saya cari sendiri semua gambar ni setelah mendapat hint daripada website ini, maka emel ini bukanlah dipanjangkan secara membuta tuli tanpa usul periksa. Sila semak website Flickr IsraelMFA untuk pengesahan

Buletin 9


buletin di atas disediakan oleh salah seorang ahli yang prihatin akan trend mahasiswi2 berpakaian, khususnya ketika bersukan dan ketika DINNER.
Secara peribadi saya menganggap buletin ini mungkin bersifat 'menghukum' atau 'panas' bagi sesetengah orang.
Untuk meraikan usaha pihak menyiapkan buletin ini, saya post juga dalam blog ini.
Harap sesiapa yang membaca buletin ini akan faham maksud sebenar buletin ini yang bukan bermaksud menghukum melainkan menunjuk jalan.
Selain wanita, lelaki juga memikul amanah yang sama, bahkan lebih diberatkan dalam hal pendidikan kaum keluarga dan penyediaan persekitaran yang seiring ajaran wahyu. Tiadalah patut bagi seseorang mempunyai fikiran bahawa hanya perempuan punca segala masalah.
Sayogia saya lebih mempercayai bahawa memperbanyak syiar islam dan dakwah lembut lebih memberi kesan ke dalam hati-hati manusia. ^_^ seperti kata Imam Hasan AlBanna: Kita Dai bukan Kadi (Du'ât Lâ Qudlât), maknanya kita memdidik bukan menghukum.
Tutuplah aurat sebagaimana yang diajar wahyu, kerana kewajipan yang diberatkan kepada kaum hawa juga kaum adam ini hanya Allah yang mengganjarinya, dan penuh hikmah. Baik perempuan,cantiklah bangsa. Amanah lelaki,selamatlah dunia.

Tips Penjagaan Gigi




oleh Dr Aini Hayati bt Rahim, BDSc

Berapa ramai di antara kita yang risau jika terlupa menggunakan floss sebelum tidur? Berapa ramai pula yang tahu bahawa sebaik sahaja bayi anda telah mendapat gigi pertamanya, dia sepatutnya dibawa berjumpa dengan doktor gigi? Berapa ramai yang menyangka bahawa mulut dan gigi mereka sihat bila mana mereka tidak mengalami sebarang kesakitan mulut ataupun gigi? Sejauh mana sebenarnya pengetahuan asas anda tentang kesihatan oral (mulut dan gigi)?

Tidak dinafikan, kesihatan mulut dan gigi jarang mendapat perhatian kita berbanding bahagian badan yang lain. Kita sering ‘terlupa’ kehadiran gigi walaupun kita menggunakannya setiap hari, sehinggalah kita tersedar ‘kehadiran’ nya bila berlaku sesuatu pada gigi kita. Tatkala itulah baru gigi mendapat perhatian khusus dan sejumlah wang yang besar sanggup dikeluarkan untuk merawat gigi.

Fenomena sebegini tidak asing lagi dalam masyarakat kita di Malaysia dan ini mencerminkan kesedaran yang rendah terhadap peri pentingnya kesihatan gigi. Samada kesedaran individu mahupun peranan kerajaan dalam menyebarkan kempen dan menyediakan prasarana, semua pihak sepatutnya memainkan peranan masing-masing. Apa kata, anda yang sedang meneliti artikel ini mulakan dengan diri sendiri untuk mempraktikkan penjagaan oral yang optimum, dan selepas itu sebarkan kesedaran kepada orang sekeliling, dan yang penting menerapkan kepentingan kepada anak-anak kita sejak usia yang mentah. Lenturlah buluh sejak dari rebungnya.

Untuk pengetahuan anda, dengan penjagaan oral yang baik, anda kemungkinan besar dapat mengelak dari menjalani prosedur menampal gigi dan cabutan gigi untuk seumur hidup anda! Ya, untuk hidup seumur hidup anda bebas dari sebarang tampalan gigi; sesuatu yang bukan mustahil. Bunyinya menarik bukan? Siapa yang suka debaran berjumpa doktor gigi dan kemudian terpaksa pula membayar jumlah yang mahal untuk temujanji yang menyeksakan itu. Untuk itu, berikut saya senaraikan tips penjagaan oral yang mudah, efektif, dan praktikal untuk dilakukan sendiri setiap hari.

  1. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan scaling. (baiklah,ini mungkin bukan sesuatu yang dilakukan setiap hari). Tips; carilah doktor gigi yang sanggup meluangkan sedikit masa berbincang tentang penjagaan gigi, dan tunjukkanlah minat dan keprihatinan anda tentang kesihatan mulut dan gigi anda
  2. Floss gigi setiap hari. Apa yang penting adalah untuk membawa benang floss ke bahagian hadapan gigi membentuk huruf ‘c’ (setelah dimasukkan ke celah gigi). Ini penting untuk benang floss itu membersihkan bahagian hadapan gigi juga selain di bahagian celahan gigi. Untuk panduan yang lebih tepat, sila rujuk doktor gigi berhampiran anda
  3. Semasa memberus gigi, halakan berus 45 darjah ke arah gusi dan putarkan kepala berus dalam gerakan bulatan dengan perlahan. Sebaik-baiknya beruslah di hadapan cermin supaya anda nampak bahagian mana yang telah diberus dan bahagian mana yang tertinggal. Penting untuk anda memberus semua permukaan gigi, dan jangan abaikan gigi yang paling belakang walaupun ia sukar dicapai!

Penting untuk tahu bahawa bahagian yang paling penting untuk diberus adalah kawasan sempadan gigi-gusi kerana di situlah bakteria berkumpul dan membentuk plak. Kerana itulah cara yang direkomendasi adalah untuk menghalakan berus 45darjah ke arah gusi, manakala gerakan memberus secara melintang tidak digalakkan kerana anda tidak dapat memastikan kawasan sempadan gusi ini dibersihkan walaupun anda memberus dengan semangat berkobar-kobar sampai gusi pun berdarah.

Anda sangat sukakan mouthwash dan merasakan gigi anda sangat bersih setelah berkumur dengan mouthwash, dan tidak dapat hidup tanpanya? Hati-hatilah, ada banyak kajian yang menunjukkan kandungan alkohol di dalam moutwash (peratusannya lebih tinggi dari alkohol di dalam beer atau wine!) ada kaitan dengan kanser mulut. Dan tiada pula kajian yang dapat mengaitkan penggunaan mouthwash dengan peningkatan kesihatan mulut kerana perkara utama adalah membersihkan gigi dengan memberus dan flossing. Bagi kita yang beragama islam pula, harus diketahui bahawa kandungan alkohol di dalam mouthwash adalah dari jenis yang boleh memabukkan, dan kita dilarang walau meminum setitik ‘arak’, jadi bagaimana untuk kita menggunakan mouthwash tanpa was-was? Jika terlalu bergantung dengan mouthwash, saya sarankan penggunaan mouthwash tanpa kandungan alkohol.

Mungkin tidak terlambat untuk saya berkongsi artikel dalam akhbar Berita Harian bertarikh 31 Mei tentang kajian yang mengaitkan kesihatan mulut yang rendah dengan penyakit jantung. Kajian itu bukanlah yang pertama seumpamanya, dan fakta itu adalah sesuatu yang kukuh dan sudah establish di kalangan pengamal pergigian.

Pesanan dari saya, jagalah kesihatan anda!

Dr Aini Hayati bt Abdul Rahim
School of Dental Science
University of Melbourne, Australia

04 Jun 2010

mahu belajar bahasa turki?


Yaşasın Türkiye!
(Hidup Turki!)


Biz Türkiyeyi Destekliyoruz!
(Kami Menyokong Turki!)

Türkiye, Senin Arkandayız!
(Turki, Kami di belakangmu!)

İsrail Akibetini Görecek!
(Israel akan Mendapat Balasannya!)
Biz Bir Milletiz!
(Kita Satu Ummah!)
Hilafet Gemisi Nerede Batmışsa Oradan Çıkacak!
(Di Mana Kapal Khilafah Tenggelam, Dari Situlah Ia Akan Timbul!)

Türkiye Seninle Gurur Duyuyor!
(Turki, Kami Bangga Denganmu!)


Penulis sangat meminati Turki. Kalau berduit lebih, penulis mahu ke sana. Dengan modal wang belanja dan kamera baru, penulis akan menjelajah seluruh Turki insyaAllah.




Hagia Sophia , Turkey (Masjid Aya Sofia, kini dijadikan muzium oleh sekularist, salah satu mercu tanda Turki)
Kenapa?

Turki adalah kenangan manis mereka yang bergelar muslim. Penulis adalah seorang muslim yang tahu sedikit sebanyak tentang kenangan manis ini.

Tahukah anda bahawa Kerajaan Khilafah Islam terakhir adalah di Turki? Barat menamakan kerajaan ini Ottoman Empire. Peranan yang dimainkan kerajaan ini besar, antaranya bertindak seperti PBB atau OIC bagi seluruh dunia Islam pada masa tersebut. Jatuh pada 1924 setelah bertahan berkurun-kurun daripada serangan barat dan yahudi sama ada dalam bentuk politik, kewangan dan ketenteraan.


wilayah pengaruh Uthmaniah zaman moyang2 kita dulu-dulu

Jangan terkejut jika fenomena Ottoman Empire ini disebutkan dalam banyak buku sejarah orientalis Barat (walaupun dari sudut mereka yang berat sebelah). Banyak buku ini boleh didapati di perpustakaan PTAR 1.





salah satu dari puluhan buku tentang sejarah khilafah di PTAR1

Tahukah kita bahawa jasa kerajaan ini mendapatkan Constantinople (Istanbul, Turki) pada tahun 1453 pernah disebutkan dalam hadis Rasul? Gambar dibawah ialah Sultan Muhammad el-Fatih, sebaik-baik ketua yang memimpin sebaik-baik tentera yang disebut nabi. Beliau hidup 800 tahun setelah kewafatan nabi. Strategi beliau (warfare) diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.





Sultan Muhammad al-Fatih


Penulis pernah cuba membentangkan tajuk "SIGNIFICANCE OF OTTOMAN EMPIRE TO US" ketika pembentangan 'presentation skills' di UiTM.

Penulis kecewa kerana mungkin sejarah ini jarang diperkatakan, penulis ditanya semula oleh salah seorang 'audien' "Can you tell me what is the significance of Ottoman Empire to us?".Mungkin penulis kurang meletak gambar, atau cara pembentangan penulis yang mengarut dan membosankan- gagal menyampaikan mesej kepada audien. Setelah membebel selama lebih 10 minit dihadapan kelas, baru penulis sedar yang sebenarnya 'saya syok sendiri'..sedihnya.

Apa yang penting adalah kita sedar dan tahu dimana kita berada sekarang. Siapa yang tidak tahu sejarah, kemungkinan besar orang ini akan mengulangi sejarah itu.

Turki adalah memoir umat. Tangis umat Islam zaman datuk nenek kita (maksud saya awal 1900-an) telah ditenggelamkan penjajah British! Payung gergasi umat Islam yang melindungi muslimin dan muslimat, agama ini dan 3 tanah suci umat Islam telah hilang!

Sedarkah kita?

Perkara besar ini telah luput dari minda berjuta-juta umat islam hari ini termasuk student2 UiTM. Apa nak buat,nasib badan....
Kini dengan kerajaan pimpinan perdana menteri Recep Tayyip Erdogan, rakyat Turki boleh dikatakan bangkit daripada pemikiran sekular kepada sekurang-kurangnya seperti kita. Isu pengharaman tudung sudah ditarik balik di turki memberi isyarat bahawa Islam boleh kembali diamalkan di Turki setelah Islam dijadikan barang purba oleh Mustafa Attartuk yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniah ini. Dan sekarang Turki adalah satu-satunya negara sunnah di rantau Asia Barat yang berani mengecam Israel.

Dimana kapal khilafah tenggelam, disitu ia akan timbul kembali!

Lambang zionis di dalam komputer anda??




Lambang zionis di dalam komputer anda??
Sila pergi ke c drive komputer anda dan lihat di sini :
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\J0285926.WMF
Itu adalah gambar lambang kemenangan zionis.... Untuk delete gambar ni,copy link di bawah: C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10\ kemudian cari file J0285926.WMF Harap tolong hebahkan.

31 Mei 2010

apa beza asasi perubatan dan diploma perubatan?

assalamualaikum,
salam perkenalan

seorang pengunjun blog ini bertanyakan 2 soalan kepada kita. Dan lebih baik jika jawapannya dikongsikan dalam blog ini.

1) soalan-apa beza asasi perubatan dan diploma perubatan?


> sebenarnya di universiti (uitm dan UM), kita namakan asasi sains (untuk matrikulasi) dan diploma sains (untuk diploma). Kelebihan asasi sains berbanding diploma sains dan matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
• Asasi sains UiTM menyediakan kursus matematik, biologi, fizik dan kimia. Adik boleh ke mana-mana bidang sains waima sastera dengan sijil asasi sains. berbeza dengan matrikulasi, sains hayat untuk perubatan, pergigian dan seumpamanya. sains fizik pula untuk kejuruteraan.
• bagi penuntut asasi sains uitm, nama anda sudah ada dalam sistem uitm. mungkin memudahkan perjalanan untuk masuk semula ke uitm untuk menyambung ijazah sarjana muda (insya Allah). Serupa juga bagi penuntut diploma uitm. Bagi penuntut matrikulasi, ribuan pelajar bersaing untuk tempat yang sedikit...bersediakah untuk dilelong ke kursus yang tak diminati?
• pensyarah asasi sains adalah para pensyarah universiti. maka style adalah macam universiti. Berbeza dengan matrikulasi, pensyarah adalah daripada guru-guru sekolah. Sebenarnya tiada masalah dalam hal ini, cuma pensyarah universiti kelulusannya mungkin PhD atau master. Penguasaan ilmu mungkin berbeza.
• semua pelajar asasi adalah yang terbaik. Boleh dikatakan ramai antara mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan dan sebagainya akan masuk asasi sains
o kalau lelaki- kebanyakannya sebab BI dapat 3B,
o kalau perempuan- mostly excel tapi sebab terlalu ramai perempuan yang excel jadi mereka dapat asasi sains.
• suasana universiti bagi asasi sains. Bagi yang ke matrikulasi dan diploma, penuntut bercampur-baur. Ada yang bercita-cita tinggi, ada yang bersemangat menebus kekalahan dalam SPM..yang tak minat belajar pun ramai...^_^..ala kulli hal (apa-apapun), berbalik kepada diri sendiri..kematangan pelajar universiti sudah pasti berbeza dengan pelajar matrikulasi
• kebanyakan penuntut asasi sains meminati kursus perubatan. Jadi yang mula-mula x minat perubatan akhirnya jatuh cinta dengan perubatan.

selepas SPM, bagaimana untuk ijazah sarjana muda perubatan?


2)adik perlu ke salah satu dari tempat2 berikut sebelum melangkah ke alam sarjana muda perubatan dan pembedahan...
• asasi sains
• matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
• diploma sains
• mana-mana diploma atau ijazah sarjana muda (dan dapatkan anugerah naib canselor dahulu sebelum berani switch bidang ke perubatan). tapi yang ni x pasti sangat, cuma ada satu dua kes dalam fakulti kami.
• STPM dan lain-lain


dapatkan keputusan cemerlang sebelum berani memohon. Agak psiko tapi realitinya begitulah. Anda berani dilelong? hehe

Pastikan adik betul-betul meminati bidang perubatan/pergigian sebelum memohon. Sempurnakan niat kerana Allah, ingin berbakti kepada ummat, dan seumpamanya. Cita-cita materialistik wajib dijauhi.

wallahu alam

04 Mac 2010

Nikmat Kesihatan





Selamat Sejahtera
Assalammualaikum WBT


Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang. (Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)
E-mail ini adalah cerita bergambar yang sebenar .
Ianya boleh merubah hidup kita, cara kita berfikir serta maksud hidup kita.
Ianya adalah kisah seorang lelaki dari Bahrain yang bernama Ibrahim Nasser. Dia telah lumpuh sepenuhnya sejak lahir dan hanya boleh mengerakkan kepala dan jari-jari. Pernafasannya juga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


Ibrahim telah menanam keinginan untuk bertemu dengan Sheik Nabeel Al-Wadi seorang ulama’ dari Kuwait. Ayah Ibrahim telah memohon kepada Syeikh Nabeel Al-Wadi agar dapat menunaikan hajat anaknya Ibrahim untuk berjumpa dengannya.



Ini gambar Syeikh Nabeel di Lapangan Terbang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Ibrahim. Ibrahim tersangat gembira dapat berjumpa dengan Sheikh Nabeel bila beliau membuka pintu biliknya. Kegembiraannya dapat digambarkan pada raut wajahnya sehingga sukar baginya untuk berkata-kata pada mulanya.
Saat-saat bila Syeikh Nabeel masuk ke dalam bilik Ibrahim


Dan ini adalah wajah kegembiraan Ibrahim bila dapat berjumpa dengan Syeikh Nabeel Perhatikan alat pernafasan dileher Ibrahim…dia tidak dapat bernafas secara normal.
Syeikh Nabeel mencium dahi Ibrahim
Ibrahim bersama-sama ayah, bapa saudaranya dan Syeikh Nabeel Syeikh Nabeel dan Ibrahim berkongsi cerita tentang dakwah melalui internet dan segala macam usaha yang diperlukan olehnya. Mereka juga berkongsi cerita tentang perkara lain.
Semasa perbualan mereka , Syeikh Nabeel telah bertanyakan satu soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan tangisan lantas menghamburkan air mata. Ibrahim tidak dapat menahan air mata yang mengalir apabila mengenangkan pengalaman yang menyedihkan

Syeikh Nabil mengusapkan air mata Ibrahim
Tahukah anda apakah soalan yang telah menyebabkan Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan sehingga menangis sepuas-puasnya ?
Syeikh Nabeel telah bertanya kepada beliau, sekiranya Allah memberikan dia nikmat kesihatan sehingga dia boleh berjalan, apakah yang akan dilakukan olehnya ?
Mendengar Soalan ini, Ibrahim telah menangis sepuas-puasnya sehingga ayahnya, bapa saudaranya dan kesemua orang di dalam bilik itu termasuk juga jurugambar telah menangis .
Dia telah menjawab, demi Allah jika saya boleh berjalan maka saya akan menunaikan sholat saya di masjid dengan penuh gembira dan akan menggunakan segala nikmat kesihatan untuk mendapat redha Allah.

Wahai saudara-saudara sekelian Allah telah memberikan kita semua nikmat kesihatan dan kita semua boleh berjalan dengan tidak ada masalah. Adakah kita menunaikan sholat kita di masjid ataupun kita hanya membuang masa berjam-jam di depan TV dan komputer ?

01 Januari 2010

asasi sains: Jemputan ke Bengkel Fiqh Perubatan kali ke-3 2010

PROMO Jemputan ke Bengkel Fiqh Perubatan kali ke-3 2010

Perhatian kepada semua pelajar asasi sains!

Meminati bidang Perubatan atau Pergigian?Tertanya-tanya tentang hukum dan jawapan permasalahan sesuatu isu Perubatan/ Pergigian dalam Islam, tetapi tiada tempat untuk bertanya? Ingin menjadi seorang pengamal Perubatan/Pergigian yang hebat?

Sertai kami!

Jemputan ke Bengkel Fiqh Perubatan kali ke-3 2010 anjuran Medical Students Association (MESTA) bersama Dental Students Association(DENSA).



Bila? :23 Januari 2010

Masa? :8am-5pm*

Dimana? :Fakulti Perubatan, Menara Berkembar Sains dan Teknologi, UiTM



Untuk pendaftaran, sila hubungi class rep kelas masing2.

Pertanyaan?sila hubungi biro publisiti Bengkel Fiqh Perubatan kali ke-3

Nizam (Fakulti Pergigian) 019-6340677

Suraya (Fakulti Pergigian) 014-8064336

Zulkifli(Fakulti Pergigian)013-3180572

atau ke

http://densapembangunaninsan.blogspot.com/ dan

http://emi-medic.blogspot.com/




Pembentang prolifik, sijil, sarapan, makan tengah hari dan petang disediakan! Kami menunggu anda!

*8 pagi terlalu awal untuk sebuah hari Sabtu? Melalui bengkel ini, anda akan

  • · lebih bersemangat untuk menyertai kami di Fakulti Perubatan /Pergigian
  • · lebih yakin untuk berhadapan dengan persoalan berkaitan Fiqh Perubatan
  • · berkenal-kenalan lebih awal dengan kami di Fakulti Perubatan /Pergigian

Untuk pengetahuan, pendaftaran bermula dari 8 hingga 9 pagi sebelum perasmian oleh Dekan Fakulti Perubatan Dato’ Dr Khalid Yusoff pada pukul 9 pagi.

Sekali lagi, pembentang prolifik, sijil, sarapan, makan tengah hari dan petang disediakan! Kami menunggu anda!

poster bengkel fiqh

Tentatif Bengkel Fiqh Perubatan Siri Ke-3


Tentatif Bengkel Fiqh Perubatan Siri Ke-3

8.00pagi Pendaftaran pelajar dan ketibaan jemputan

08.30 pagi Majlis perasmian bengkel Feqah perubatan siri ke-3 oleh Prof Dato’ Dr. Khalid bin Yusoff Dekan Fakulti Perubatan UiTM

09.00pagi SLOT 1: “Islam Itu Mudah”

11.00 pagi Makan pagi

11.30 tengah hari SLOT 2: Konsep Asas Feqah

1.00 petang makan tengah hari dan solat zuhur

02.00petang SLOT 3: Sesi Praktikal

04.00petang Sesi Soal Jawab dan Majlis Penutupan Bengkel Feqah Perubatan

05.00petang Minum petang dan bersurai