02 Julai 2011

kertas kerja seminar fiqh pergigian UiTM 2010











seminar fiqh pergigian UiTM 2010 (17 April 2010)


dewan kuliah B Menara Sains dan Teknologi

30 Jun 2011

buletin 14


buletin 13


09 April 2011

10 sifat hebat anda, seorang Islam



Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan agama dan bangsa perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang Muslim itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.” Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.


2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq) Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang Muslim iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri) Seorang Muslim perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: “Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.” Selain itu, seorang Muslim perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi) Seorang Muslim walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan Muslim lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.


5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah) Seorang Muslim semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.


6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah) Seorang Muslim perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.


7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) Seorang Muslim perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam. Perlulah diingatkan bahawa Muslim mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi) Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.


9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi) Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.


10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi) Muslim umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Muslim adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada Muslim. Amal Islam seorang Muslim ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Muslim akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

27 Mac 2011

Cerpen: JIA



‘Jia, tolong papa ambil kunci bot. Salam papa.’

Jia mengeluh.

‘Ala, baru nak ajak papa lawan dam, papa dah nak turun tangkap ikan. Jia balik UiTM esok petang.’

Jia muncungkan bibir buat-buat merajuk. Papa senyum. Mama cium tangan papa.

‘Okay, petang ni kita lawan. Ajak mira sekali.’

Jia bingkas masuk ke rumah, tempat letak kunci. Hati jia melonjak-lonjak riang pagi ini, dapat rehat-rehat di rumah setelah pulun setengah sem sejak masuk clinical year. Letih pun ada, tapi seronok.

‘Papa, kirim salam pada Wak Judin Jaidi, cakap Jia suruh tiup lampu warung bibik Ros sampai padam. Jangan suruh Jia tiup.’ Papa ketawa. Mata jia menyoroti langkah papa ke laut mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga.

Papa memang simple. Pagi menebar jala di laut dalam, petang bersantai di gazebo depan rumah dengan mama, tolong mama kupas bawang. Kadang-kadang papa dan mama sama-sama menyanyi lagu jawa, Jia tukang gelak, kecebur-kecebur bunyinya tapi jia tak faham. Dulu-dulu Jia dan Mira selalu juga tolong pijak-pijak belakang badan papa bila papa lenguh-lenguh.

Papa pun kelakar. Papa selalu usik mama. Papa korek hidung mengajuk mama depan kami. Sakit perut kami ketawa. Mama tak mengaku, mama muncung bibir, papa pujuk balik. Papa pun selalu senget-sengetkan bibir mengajuk mama kena facial palsy bila doktor gigi poliklinik Mersing salah inject LA bila mama nak cabut 46. Mama cubit pipi papa kuat-kuat, papa cepat-cepat lari. Tapi mama pun sama juga, sejak jadi isteri papa, mama berubah jadi penyakat macam papa. Papa pun pernah kejar mama sebab mama bawa lari seluar pendek papa bila papa nak mandi buat basahan. Tapi papa sayang mama, papa sebut mama susah nak cari.

Sesimple-simple papa, papa memang sanggup bersusah-payah demi masa depan kami adik beradik. Papa sanggup naik motor dari mersing ke shah alam semata-mata sebab nak hantar bur set Jia yang tertinggal di rumah masa Jia year 2. Jia terharu sangat, papa macam faham esok harinya Jia ada competency site 2 size 4 dan semua orang gunakan bur set masing-masing, tak boleh nak pinjam-pinjam. Papa pesan Jia jangan cuai-cuai, nanti jadi doctor gigi tak boleh main cuai-cuai. Jia minta maaf, jia cakap jia kelam kabut packing barang, terlupa nak masukkan bur set dalam beg. Jia nak poyo dengan mira je sebenarnya, sebab tu bawa balik bur set. Tengok tuhan dah balas. Papa cakap tak mengapa, papa biasa naik motor jauh-jauh. Papa pun pernah patah balik ke Kuala Kubu Baharu dengan motor semata-mata sebab mama tertinggal purse di tandas awam.Berjurai-jurai air mata mama bila papa beri purse tu ke tangan mama.

Jia stress belajar. Minggu depan hari isnin ada endo project, hari selasa ada PBL, hari rabu tutorial OP tak siap lagi, hari khamis seminar prof ghassan, jumaat pula laoshi buat test mendengar. Hari sabtu pula ada seminar multilayering. Hari ahad kena ikut naik Bukit Broga pula. Patient perio Jia kurang compliance, patient peads Jia lagi haru-biru sampai basah tudung bawal Jia disembur dengan air dental chair. Bila letak suction dalam mulut, budak ni sedut-sedut suction macam minum air guna straw. Nakal betul sampai bergoyang-goyang dental chair. Aduh jia tak reti layan budak-budak, Jia mana ada adik. Tahun lepas Jia kena borderline viva, Jia menangis-nangis dalam telefon. Mama beri semangat, papa pun mahu Jia jawab soalan dengan yakin lepas selawat atas nabi. Tapi sem lepas Jia dapat A dalam subjek OP lepas amalkan selawat dan study larut-larut malam, jia senyum 2 minggu.

Satu benda yang papa marah, bila kami adik beradik bangun lambat. Lagi satu papa cepat-cepat tegur kalau Jia lambat-lambatkan solat. Tapi bab bilik berselerak, mama yang marah. Papa geleng kepala saja. Bila study week 2 minggu, jia kunci pintu bilik saja sebab bilik tengah teruk bersepah dengan notes. Kepala tengah serabut, mana ada masa nak susun-susun. Masalahnya Mira yang bising, katanya nak lalu pun susah. Jia jawab jangan bising-bising nanti lambat kahwin, nak jadi doctor gigi bukannya senang.

Papa selalu pesan, dalam hidup, tak semua yang kita impikan akan jad milik kita. Dan banyak perkara yang kita tak minat, sebenarnya itulah yang penting untuk kita. Papa tak suka anak-anaknya putus harap, lebih-lebih lagi dengan Allah. Papa ada sebut, biarlah bibir kering sebab istighfar, jangan bibir mengelupas sebab mogok lapar sebab putus asa. Sampai sekarang, kalau Jia jumpa patient bibirnya kering, Jia terfikir mesti orang itu istighfar beribu-ribu kali sehari, jadi Jia nasihatkan dia minum 8 gelas air sehari.

Esok tiket balik Jia pukul 2.30 petang. Jia simpan dalam purse. Jia ingat-ingat balik syarahan prof Nora…principles of orah health promotion, Alma Ata 1978, Ottawa Charter 1986. Terbalik-terbalik Jia sebut. Eh, Ottawa charter ke, atau Otago Charter? Eh, Dr Nik dengan Dr Erni yang belajar di Otago. Alamak, minggu depan competency suturing technique. Matron K pula nak jumpa Jia sebab Jia buang clinical waste dalam dustbin biasa. Jia pening kepala, terus ke dapur minum air sirap sambil duduk. 2 kali teguk, hp berbunyi. Kak Huda minta patient single canal nak buat competency. Dia cakap kak shark, kak Naza, kak Dayah dan kak Yan nak juga. Jia balas, Insya Allah, tapi jia beritahu jia kena dulukan Kakcik dan kak Flor sebab mereka minta dulu. Jia memang supplier, sebab jia memang baik dengan jemaah muslimat surau padang jawa. Jia dengan kak mel, kadang kadang dengan kak Bel selalu cari patient di padang jawa, lubuk besar. Kami ada skuad ‘patient hunter’; dengan biro-biro underground khas. Biro flyers- kak nad & kak didi, biro sharing is caring-kak ain & kak shu, biro duit minyak motor/tambang teksi-kak ara & kak ika. Biro tugas khas, abang pijo dan kak yus. Jia junior, macam mana termasuk dalam skuad ni pun Jia kurang faham. Mungkin sebab Jia peramah. Tukang borong patient selalunya abang shah, abang as dan abang aiman. Yang seronoknya mereka selalu belanja skuad makan nasi lemak Jati ayam goreng, kira oklah tu.

Papa pernah cerita, papa pernah kena lempang dengan wawa masa budak-budak dulu sebab melepak dengan geng ‘skoling’. Jia tak faham, papa cakap geng ini budak-budak tiada hala tuju dalam kampong. Geng-geng Gedebe. Dislocate TMJ papa. Nenek bawa papa jumpa ustaz Yazid. Lepas ustaz urut pipi papa, ustaz tekan rahang papa kebawah kemudian tolak ke belakang dan angkat rahang papa, macam mendulang timah. Alhamdulillah papa kembali normal. Nenek cepat-cepat bawa balik papa, nenek cakap malam-malam tak elok ganggu ustaz Yazid, sebab ustaz baru nikah. Bilal Anas Halim nasihat wawa jangan terlalu berkasar didik anak, mestilah ikut cara nabi didik sayyidatina Fatimah. Papa terus jadi orang baik-baik sampai kena puji dengan Siak Sauban. Pakcik hilmi Aripin pun selalu suruh papa jadi imam solat di surau. Papa kata papa bersyukur sebab kena pelempanglah menyedarkan papa supaya jadi manusia. Tapi harganya papa selalu jadi bahan gurau pak Jabit dan abang K di warung Bibik Ros. Papa tak kisah, papa pun suka suasana ceria.

Jia sms Sarah suruh tunggu Jia esok di stesen bas seksyen17. Lepas tu nak makan pau kacang gerai abang Ejat. Sarah selalunya belikan sekali pau kaya untuk abang kandungnya, abang Azhan. Abang Azhan memang lab technician yang baik, kadang-kadang waxing up complete denture Jia pun dia yang siapkan, Jia seronok bergosip dengan budak-budak year 3 dan year 4 dalam prostho lab. Sarah pun sangat baik, redup saja suara dan tingkahnya. Sarah selalu kejutkan Jia solat subuh sebab Sarah selalu tahajud sebelum azan subuh. Kasihan Sarah kena kejutkan Jia, sebab speaker Pusat Islam yang tak sampai 100 meter dari kolej Jia pun tak mampu membangunkan Jia. Jia pun selalu paw coklat Tasneem Strawberry kegemaran Sarah. Sarah style, kalau Jia tidur mati, Sarah buat suara Mak Limah nyanyi lagu enjit-enjit semut betul-betul tepi telinga Jia, lepas itu geletek tapak kaki Jia. Selalunya usaha keras Sarah berjaya.

Jia teringat yang Jia kena peram ikan-ikan untuk BBQ malam ini. Papa setiap 2 minggu akan buat BBQ dan tazkirah di rumah untuk anak-anak angkat papa. Ramai anak-anak angkat papa, sampai 2 dulang ikan setiap kali jamuan BBQ. Yang Jia tahu, semua anak-anak angkat papa suatu masa dulu adalah anak-anak muda kampung yang tiada hala tuju hidup, samseng, melepak dan bergaul bebas antara bukan mahram. Papalah orang yang mendekati mereka dan menyentuh hati-hati mereka. JKKK kampung, malah seluruh penduduk kampung Pisang sangat bersyukur setelah kami sekeluarga berpindah ke kampung pisang 10 tahu lalu. Jia sendiri ramai kakak-kakak angkat yang juga anak-anak angkat papa. Dalam hati, Jia bersyukur mempunyai keluarga yang stabil, cantik dan bersih. Jia tersenyum sambil tangan Jia sibuk menyiang ikan.

Keesokan petang, papa dan mama hantar Jia ke stesen Bas Mersing. Papa pesan Jia supaya jaga amanah dan hak Papa, bila papa lepaskan Jia ke shah alam. Jia faham, maknanya Jia mesti belajar sungguh-sungguh, buat yang terbaik, harumkan nama fakulti macam abang wan dan abang sauban yang menang pertandingan research peringkat kebangsaan, jaga tingkah laku, pakaian dan pergaulan, jaga nama baik keluarga dan selalu buat baik untuk tambah pahala mama dan papa. Jia tak mahu terlibat dalam dosa-dosa yang selalu dilakukan anak-anak muda bila sambung belajar di shah alam. Papa pun cakap, kalau ada budak lelaki tersuka dengan Jia, papa kahwinkan terus, senang. Jia pun bangga dapat jadi pelajar satu-satunya Fakulti Pergigian dalam dunia yang dikhaskan untuk melayu muslim dan bumiputera. Jia tak mahu diri Jia sebagai salah satu batu bata umat ini, rosak dan melemahkan bangunan umat.

Jia pun cakap dengan papa, papa mesti beri hak Jia. Papa dah janji belikan Jia scooter untuk Jia ke fakulti. Jia penat jalan kaki panjat tangga FSKM. Papa dan mama ketawa. Jia janji dengan mama dan papa yang Jia akan graduate sebagai seorang doctor gigi bertauliah, jadi orang hebat macam Prof dr Ibrahim Abu Hassan.

Jia pergi dulu mama, papa. Doakan Jia.

"…….Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka keduanya sebagaimana keduanya memeliharaku dengan penuh kasih sayang waktu kecilku". Al-Isra’:24

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

08 Januari 2011

buletin 2011