26 Julai 2009

Syaaban

Diam tak diam sudah 4 hari bulan Syaaban menjengah kita.

So untuk post saya yang pertama ini,

saya ingin berkongsi sedikit apa yang telah saya baca mengenai bulan yang mulia ini.

Syaaban diertikan sebagai bercerai- berai.

Hal ini kerana berlaku kemarau yang panjang pada waktu itu,

yang menyebabkan masyarakat arab berselerak merata tempat mencari air.

Syaaban juga adalah bulan persediaan untuk menyambut ketibaan Ramadhan.

Antara kemuliaan bulan Syaaban yang digambarkan oleh masyarakt Arab ialah :

1.
Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban

kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W

2.
Keperkasaan dan ketinggian

3.
Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat

ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

4.
Kasih-sayang dan kemesraan.

5.
Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan

oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.

Beberapa peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Syaaban ialah :

1. Berlaku pertukaran kiblat umat Islam pada 15 haribulan tahun kedua hijrah

2. Peperangan Bani Mustalik tahun kelima hirah di mana

kemenagan berpihak pada Islam


3. Peperangan Badar terakhir pada tahun keempat hijrah

Seperti yang ramai sedia maklum, antara amalan yang boleh dilakukan

pada bulan Syaaban ialah berpuasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah

berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang

mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu

sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah

sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan

sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.



Kita juga digalakkan melazimkan zikir dan doa serta sentiasa bertaubat dan beristighfar.

Seperti yang kita tahu, antara kelebihan Syaaban ialah malam nisfu Syaaban.

Malam ini adalah antara malam-malam yang dikabulkan doa.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:



Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban

maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan

Allah atau orang yang bermusuhan.


(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:



Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji,

malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:


Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu:

Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan

malam Nisfu Syaaban.


Berkata Imam Ghazali:


Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan)

menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.


So, ada yang berminat menghidupkan malam Nisfu Syaaban ni?

Para tabiin menghidupkan malam ini dengan dua cara.

First, ada yang hadir ke masjid beramai-ramai untuk bersembahyang

sunat dengan memakai wangian dan berpakaian terbaik.

Second, ada yang beribadat, bersembahyang sunat dan berdoa

secara bersendirian.

Tapi jika semua ini terpulang kepada diri kita bagaimana ingin

menghidupkan malam nisfu syaaban ini.

Membaca al-Quran seperti membaca surah Yasin, berzikir dan berdoa dengan

berhimpun di masjid-masjid atau rumah sama ada secara

berjemaah atau perseorangan juga adalah cara untuk

kita menghidupkan malam nisfu Syaaban.

Habislah sudah coretan saya. Jomlah kita sama-sama mengumpul pahala

dan keredhaan Allah di bulan ini agar dapat menjadi bekalan

di akhirat nanti ^_^

Semoga post ini dapat menambah ilmu kita semua.

Assalamuaikum.


P/s: Diharap kawan-kawan dapat memberikan pendapat

tentang post saya ini ^^

Credit to iLuvislam.com



1 comments:

gorgeous amal berkata...

tanx 4 da precious post.
hampir t'lpe skrg da msok blan sya'ban..wuu

Catat Ulasan