26 Jun 2012

Kita Tak Sama

Kisah ini kisah salafus soleh, kisah sahabat2 teragung, kisah generasi Al Quran yang unik.

Utman bin Affan ketika itu sedang berehat sambil melantun bait Al Quran di rumahnya. Dari jendela dia melihat di kejauhan ada susuk tubuh seorang lelaki, sedang berlari-lari mengejar seekor anak unta. Matahari saat itu bagaikan hanya sejengkal dari kepala, panasnya MasyaAllah, dan lelaki tersebut menutup wajahnya dari pasir yang berterbangan dengan serbannya.

Setalah diamati, Uthman berseru, MasyaAllah, bukankah itu Amirul Mukminin??

Ya lelaki tinggi, tegap itu Umar bin Al Khattab.

Lalu Uthman dari pintu rumahnya berteriak sekuat tenaganya. " Ya Amirul Mukminin!!"

“Apa yang kau lakukan di tengah angin yang ganas ini? Masuklah kemari!”

Dinding rumah Uthman berbunyi keras diterpa angin yang deras.

”Seekor unta zakat terpisah dari kawanannya. Aku takut Allah akan menanyakannya padaku. Aku akan menangkapnya. Masuklah hai ‘Utsman!” ’Umar berteriak dari kejauhan. Suaranya bergema memenuhi lembah dan bukit di sekalian padang.
“Masuklah kemari!” seru ‘Utsman,“Akan ku suruh pembantuku menangkapnya untukmu!”.

”Tidak!”, balas ‘Umar, “Masuklah ‘Utsman! Masuklah!”

“Demi Allah, hai Amirul Mukminin, kemarilah, Insya Allah unta itu akan kita dapatkan kembali.“

“Tidak, ini tanggung jawabku. Masuklah engkau hai ‘Utsman, anginnya makin keras, badai pasirnya mengganas!”

Angin makin kencang membawa butiran pasir membara. ‘Utsman pun masuk dan menutup pintu rumahnya. Dia bersandar, tergumam,

Ya,Saidina Umar berbeza, Saidina Uthman pun berbeza. Mereka tidak sama. Rasulullah pernah berdoa  "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" 

Hadtih riwayat At-Thabarani 

Kuatnya, gagahnya, bengisnya Umar AL Khattab ketika jahiliyyah dan ketika Islam, semua kelebihannya disandarkan utk ISLAM. Allahuakbar~

Dan Uthman, anak sang bangsawan yang terkenal dgn sifat pemalunya. Terbiasa hidup dalam kesenangan, Tidak dapat digambarkan Uthman berlarian dalam panas bersamanya. Maka tidak diminta Umar. Namun, kedua sahabat ini saling meneladani sesama mereka.

Anas bin Malik bersaksi atas kesungguhan Uthman untuk bersederhana. Ketika dia diangkat menjadi khalifah, Anas berkata, "Aku melihat tidak kurang dari 30 jahitan tampalan di serban dan jubah Saidina Uthman"

Allah. Hebatnya para sahabat. Dalamnya aqidah Rasulullah tanam dalam diri mereka, zuhud di dunia mengharap syurga di sana.

Pointnya, Umar dan Uthman tidak sama. Punya peribadi punya kelebihan yang berlainan. Kita juga tak sama, Dr Nik tak sama dengan Dean. Dean tak sama dengan Datin Mahyunah [hehe]. Semua hebat, tapi seni peribadi itu berbeza.  Allah beri kelebihan berbeza pada kita, yang pastinya kelebihan itu semuanya istimewa. Kita kan sebaik-baik makhluk ciptaanNya.

Ukuran kita tak sama . Ibaratnya orang yang kasutnya saiz 6 cuba untuk memakai kasut saiz 5, sepanjang perjalanan pasti kaki bakal sakit cuba utk muatkan kaki. Dan bila orang yang kakinya saiz 5 cuba pakai kasut saiz 6, x sampai beberapa langkah. pasti kaki di depan, kasut sudah tertinggal di belakang.

Ukuran yang x sama, tapi x bermakna kita x mampu menceduk sebanyak nya sifat2 terbaik dari orang lain terutamanya peribadi Rasulullah sendiri. Kita mengambil yang baik dan mengadun dengan cara kita sendiri. Style kita lah snang kata. Sebabnya nak tiru bulat kita tidak mungkin mampu. Takkan mungkin ada 2 orang yang serupa sebijik di dunia ini.

Kata Salim A Fillah dalam nukilannya dia bercerita,

Sungguh tidak bijak menuntut seseorang untuk menjadi orang lain di zaman yang sama, apalagi menggugatnya agar tepat seperti tokoh lain pada masa yang berbeza. ‘Ali ibn Abi Thalib yang pernah diperlakukan begitu, punya jawaban yang tepat dan lucu.

“Dulu di zaman khalifah Abu Bakar dan ‘Umar” kata lelaki kepada ‘Ali, “Keadaannya begitu tenteram, damai dan penuh berkah. Mengapa di masa kekhalifahanmu, hai Amirul Mukminin, keadaanya begini kacau dan rusak?”

“Sebab,” kata ‘Ali sambil tersenyum, “Pada zaman Abu Bakar dan ‘Umar, rakyatnya seperti aku.
Adapun di zamanku ini, rakyatnya seperti kamu!”

Dalam dakapan ukhuwah, segala kecemerlangan generasi Salaf memang ada untuk kita teladani. Tetapi caranya bukan menuntut orang lain berperilaku seperti halnya Abu Bakar, ‘Umar, “Utsman atau ‘Ali.

Allahu Allah. Menjadi yang terbaik biarlah dari sudut akhirat dan dunia. Bezanya untuk kita jadi seorang pelajar kuliyah pergigian dengan seorang pelajar muslim kuliyyah pergigian. Bezanya doktor dan doktor muslim. Taraf dan gajin nya mungkin sama dalam pandangan manusia namun nyata berbeza dari pandangan Allah SWT.

Mengorak langkah ke arah islam itu nyata memberatkan, nyata memenatkan, nyata bakal menyakitkan. Tapi, selalulah ingat, seberat, sepenat, sesakit yang kita rasa, tidaklah apa-apa berbanding sakitnya Bilal bin Rabah tatkala batu besar itu memnghempap perutnya dan pedihnya kaki Rasulullah yang kasut baginda dipenuhi batu dengan darah yang mengalir tidak henti-henti.

" Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah  dan carilah jalan untuk mendekatkan diri padaNya, dan berjuanglah di jalanNya, agar kamu beruntung." [5:35]


*rujukan salimafillah.com :)


kredit


18 Mac 2012

5 amal yang anda mampu lakukan ^^


dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang..

alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk jantung-jantung kita berdegup, diberi peluang sehari lagi untuk bernafas,mengambil anjakan paradigma untuk lebih dekat padaNya.
Kenapakah kita sepatutnya tidak berlengah dalam larian menuju Allah? Pertama dan utamanya, sebab kita tidak tahu bila kita dan bagaimana kita bakal MATI. Mukmin yang paling bijak ialah yang selalu mengingati mati dan mempersiapkan diri untuk kematiannya.
Lihat, kematian itu pasti datang. Nak jadi orang2 yang bersenang lenang di akhirat nanti atau jadi sebahagian golongan yang merayu pada ALLAH untuk dikembalikan ke dunia agar mereka boleh memperbaiki diri? Sebagaimana ayat Allah ,


Dan orang-orang kafir bagi mereka neraka Jahanam. Mereka tidak dibinasakan sehingga mereka mati dan tidak (pula) diringankan dari mereka adzabnya. Demikianlah kami membalas setiap orang yang sangat kafir. Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami niscaya kami akan mengerjakan amal yang shaleh berlainan dengan yang telah kami kerjakan”. Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berpikir bagi orang yang mau berpikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan? maka rasakanlah (adzab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang dzalim seorang penolongpun.” (QS. Faathir: 36-37)

ukei, nak berubah mestilah one step to another step kan, mana ada orang yang berlari sebelum belajar berjalan, ukei2, here are 5 simple steps yang anda bley amal kan sehari-hari ^^

1) bangun subuh awal dan bukak ikatan yang syaitan ikat kita dengan bangganya, beritahu syaitan, kita menang lawan dgn dia, ikatan 1st terurai bila mana kita baca doa bangun tidur @ senang je, sebutlah nama Allah, 2nd terurai bila kita ambil wuduk dan y ke3 terbuka bila kita s0lat.

2) baca al mathurat, bile nak baca? lepas s0lat subuh bley, masa jalan dengan kawan2 ke faculty bley, masa dalam kereta nak smpai ke kampus bley [ bagi NR n para lecturer yang disayangi ].
3) s0lat sunat dhuha, bila2 ade SDL lari2 kejap ke surau untuk s0lat, untung buat solat dhuha , buktinya??

" Barangsiapa yang mengerjakan solat dhuha dengan terus menerus, akan diampunkan dosanya oleh ALLAH, sekalipun dosa itu seluas lautan [ HR Tirmidzi]

4) Solat berjemaah, cuba solat jemaah jika ada kesempatan, macam yang kita dah tahu,

Solat berjemaah melebih solat bersendrian dengan 27 darjat [atau 27 kali ganda] ~ hadith riwayat al Bukhari dan Muslim

analoginya mcm dapat duit, kalau bley dapat RM 27, kenapa kita kata yez pada singgit? c:

5) Baca Quran at least 1 muka sehari n cuba baca tafsirnya sekali, sebab Quran itu panduan kita, kamus kita bila kita x faham kenapa dan paling bes, QURAN itu ayat2 cinta Allah pada kita, hamba2 mencintaiNya yang Dia cintai ^^

" (Al Quran) itu tidak lain tidak bukan adalah peringatan
bagi seluruh alam, iaitu bagi siapa di antara kamu yang mengkehendaki jalan yang lurus" 81: 27,28

Tips termudah, rajinkanlah diri ke surau @ masjid, sbb anda akan dapat s0lat berjemaah, selalunya akan trigger diri untuk mengaji Quran n if ada tazkirah, b0nus lah, extra pahala. 5 je langkah, iAllah kamu, kamu kamu bakal lebih dekat padaNya, carilah Allah dengan 1 langkah, maka Dia pasti dekat dengan kamu dengan 10 langkah. Jangan jadi orang yang rugi sebab kita sentiasa punya masa dan peluang itu.

~ jangan sia2 kan waktu, sebab ALLAH mengira setiap saat yang kita lalui. Semoga peringatan ini membuahkan taqwa iAllah,

Ibnu Umar radliyallah ‘anhuma juga pernah berpesan, “Jika engkau berada di waktu petang jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu waktu pagi jangan menunggu datangnya petang. Pergunakanlah masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu dan pergunakanlah masa hidupmu sebelum datang kematimu.” (HR. Bukhari)



21 Januari 2012

tawakal+doa+usaha+istiqamah


بسم الله الرحمن الرحيم

"Alamak, dah start study week.."
"Kenapalah study week seminggu je.."
"sempat ke nak abes, banyak ni..."

Ada x ayat2 di atas yang jadi monolog diri kita @ jadi perbualan antara sahabat2 ? Pasti ada kan?
Tambah2 pada adik2 year 1, betul x? X mengapa, Normal untuk pelajar pergigian untuk belajar lama-lama, pastu eh da nak exam, pastu sambung cuti sekejap2, pastu eh da kelas.
Alah bisa tegal biasa tuh. insyaAllah.

Pejam celik pejam celik selesai sudah 1 semester. Debaran kian terasa untuk exam kan3. Time2 macam ni memang mudah la nak rasa susah, rasa stress, rasa mcm MALAS pn kan. Hari 2 Tinta Dental ada diedarkan kan? Da baca? Banyak x tips? Tapi still rasa susah, xpe2, Hm,Ingat x Allah kata apa pasal rasa susah?


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْراً ,إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرا ,فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ ,وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. [As syarh : 5-8 ]

Allah dah pesan kan dalam katalog hidup kta [Al Quran tau bukan mangga ke URTV ke],apabila rasa sulit itu pasti ada kemudahan. 2x kali Allah ulang,rasa secured x dengan janji Allah? pastu Allah pesan lagi, dah selesai 1 urusan, kerjakan urusan y lain sungguh2. Pastu gantunglah sepenuh pengharapan pada Dia.

Macam kita la kan sekarang ni, dah selesai urusan pertama [ kelas 1 semester],
urusan seterusnya? final. Jadi, usaha 2 kenalah sungguh2, macam Allah pesan, pastu kita haraplah pada Dia. Samalah dgn urusan2 kita yang lain. Wajib sungguh2, janganlah buat sambil lewa,pastu berharap Allah bg dean list,A++ berat la kan.

Ingatan juga, belajar sungguh-sungguh untuk exam tp jangan pula abaikan sungguh2 ibadat kita. Jangan sampai kuat sangat study sampai terlupa amal y tiap-tiap hari kita buat, nak kejar masa study, sampai al mathurat x baca dah, kuat sngat study, selalu baca quran 2 muka jadi 1 muka. Selalunya solat dhuha tapi sebab terikat dengan study group, xpelah tinggal dhuha.

Berbaloikah kekurangan amal y biasa kita buat untuk ilmu yang terang lagi bersuluh milik Allah?
Tidak2 kan? Padahal Dia jualah y menentukan ilmu 2 kte dapat x kira sikit @ banyak kita belajar. Jangan sampai Allah murka dngan kita hinggakan x berkat apa y kita belajar, Mahukah sampai Allah kata,

" nak sangat A, Aku beri A, tapi Aku murka padamu hambaku, maka jauhlah kamu dari Aku"

Kita akan jauh dari Allah bila apa y kita dapat 2 Allah x redha pn, dapat A setiap kali exam, tapi x ingat pun pada Allah, x jadi apa2 pn. X tmbah pun keimanan kita padaNya. Allah xnak pn pada kita, Dia bagi kejayaan supaya kita lagi2 jauh. Nauzubillah kan.

Jadinya, apepn niat pada Allah. Tapi janganlah redha, berserah tanpa usaha pulak. Kiranya jd xde sebab langsung lah Allah nak bagi apa2 kejayaan pn kan. Tawakkal itu sepanjang masa, sebab hidup ini xpernah satu saat pn terkeluar dari radar Ilahi. berdoa itu senjata mukmin, doalah dengan menyebut kalimahnya dan usahalah semampu Mu, Allah Maha Mengetahui. Dia xkan memberi yang terbaik [ means A @ dean list ], tapi Dia pasti memberi yang paling baik buat kita. Sebab x semstinya yang A dan dean list 2 baik pada kita dari kaca mata Dia.

selamat menempuh minggu study week, selamat berjihad! selamat bertempur dengan paper2 exam, iA dipermudahkan, sama-sama kita.. amin ya rabbal a'lamin~


ini untuk boboyss..




ini untuk gugurls..

*2x untuk kita.. iAllah! ^_____________^