04 Jun 2009

Saudara yang Jujur

Wahai Saudara Yang Jujur,


Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas ini di dalam lima ayat:

Allah adalah matlamat kami.

Rasul adalah ikutan kami.

Al-Quran adalah panduan kami.

Jihad adalah jalan kami.

Mati syahid adalah cita-cita kami.

Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:

Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.

Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian sentiasa terbuka luas.

Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan kesenangan serta keredaan di akhirat. Di kala itu, anda menjadi sebahagian daripada kami dan kami menjadi sebahagian daripada anda. Namun jika anda menolak dan berpeluk tubuh tiada lagi hubungan di antara anda dan kami walaupun anda begitu menonjol dalam majlis kami atau anda menjawat jawatan yang tinggi di kalangan kami atau anda terkenal dengan penampilan yang hebat. Anda akan dihisab oleh Allah sekeras-kerasnya kerana sikap anda yang berpeluk tubuh.

Buatlah pilihan dan kami memohon semoga kita semua beroleh hidayah dan taufik Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”

1.“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya.”

2.“Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”Al-Saf: 10-11.

3.“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu.”

4.“Dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.”

5. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah.”

6.“Dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Saf: 12-13)

Wahai orang-orang yang beriman!

Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah

sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibnu Maryam

(ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:

Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?

Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!

(Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir.

Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Al-Saf: 14)

Semoga anda beroleh salam, rahmat dan keberkatan Allah.

0 comments:

Catat Ulasan