31 Mei 2010

apa beza asasi perubatan dan diploma perubatan?

assalamualaikum,
salam perkenalan

seorang pengunjun blog ini bertanyakan 2 soalan kepada kita. Dan lebih baik jika jawapannya dikongsikan dalam blog ini.

1) soalan-apa beza asasi perubatan dan diploma perubatan?


> sebenarnya di universiti (uitm dan UM), kita namakan asasi sains (untuk matrikulasi) dan diploma sains (untuk diploma). Kelebihan asasi sains berbanding diploma sains dan matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
• Asasi sains UiTM menyediakan kursus matematik, biologi, fizik dan kimia. Adik boleh ke mana-mana bidang sains waima sastera dengan sijil asasi sains. berbeza dengan matrikulasi, sains hayat untuk perubatan, pergigian dan seumpamanya. sains fizik pula untuk kejuruteraan.
• bagi penuntut asasi sains uitm, nama anda sudah ada dalam sistem uitm. mungkin memudahkan perjalanan untuk masuk semula ke uitm untuk menyambung ijazah sarjana muda (insya Allah). Serupa juga bagi penuntut diploma uitm. Bagi penuntut matrikulasi, ribuan pelajar bersaing untuk tempat yang sedikit...bersediakah untuk dilelong ke kursus yang tak diminati?
• pensyarah asasi sains adalah para pensyarah universiti. maka style adalah macam universiti. Berbeza dengan matrikulasi, pensyarah adalah daripada guru-guru sekolah. Sebenarnya tiada masalah dalam hal ini, cuma pensyarah universiti kelulusannya mungkin PhD atau master. Penguasaan ilmu mungkin berbeza.
• semua pelajar asasi adalah yang terbaik. Boleh dikatakan ramai antara mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan dan sebagainya akan masuk asasi sains
o kalau lelaki- kebanyakannya sebab BI dapat 3B,
o kalau perempuan- mostly excel tapi sebab terlalu ramai perempuan yang excel jadi mereka dapat asasi sains.
• suasana universiti bagi asasi sains. Bagi yang ke matrikulasi dan diploma, penuntut bercampur-baur. Ada yang bercita-cita tinggi, ada yang bersemangat menebus kekalahan dalam SPM..yang tak minat belajar pun ramai...^_^..ala kulli hal (apa-apapun), berbalik kepada diri sendiri..kematangan pelajar universiti sudah pasti berbeza dengan pelajar matrikulasi
• kebanyakan penuntut asasi sains meminati kursus perubatan. Jadi yang mula-mula x minat perubatan akhirnya jatuh cinta dengan perubatan.

selepas SPM, bagaimana untuk ijazah sarjana muda perubatan?


2)adik perlu ke salah satu dari tempat2 berikut sebelum melangkah ke alam sarjana muda perubatan dan pembedahan...
• asasi sains
• matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
• diploma sains
• mana-mana diploma atau ijazah sarjana muda (dan dapatkan anugerah naib canselor dahulu sebelum berani switch bidang ke perubatan). tapi yang ni x pasti sangat, cuma ada satu dua kes dalam fakulti kami.
• STPM dan lain-lain


dapatkan keputusan cemerlang sebelum berani memohon. Agak psiko tapi realitinya begitulah. Anda berani dilelong? hehe

Pastikan adik betul-betul meminati bidang perubatan/pergigian sebelum memohon. Sempurnakan niat kerana Allah, ingin berbakti kepada ummat, dan seumpamanya. Cita-cita materialistik wajib dijauhi.

wallahu alam

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam.saya sgt minat dgn bidang sains angkasa....
jadi kursus ape yg sy patut amik?

Tanpa Nama berkata...

sy nk jadi speciallist dalam bdang pemedahan.bila nk msk u t,sy patut amik sains hayat ke perubatan?

Tanpa Nama berkata...

salam sya mnat dgn farmasi,bleh ke sya ambik asasi sains???

Tanpa Nama berkata...

Susan tak belajar asasi sain

Tanpa Nama berkata...

Klau stdy kt asasi unimas boleh x amik farmasi

Tanpa Nama berkata...

Salam...sy grad dip sains uitm..sy mnt bidang prubatan n sy now sy jth cinta dgn sains makmal klinikal...leh mntk tlg x utk describe ckit psl sains makmal klinikal:)

Tanpa Nama berkata...

Mna lebih baik jika kita minat farmasi sama ada amik do sains or dp farmasi

Hamba allah berkata...

Salam nak tnye ni klu bdk aliran sastera kiranya blh la ambk asasi sains untk sambg medik kan...tq

Tanpa Nama berkata...

untuk lepasan spm, bagaimana nak sambung belajar dalam bidang pergigian? program (asasi/diploma/matrikulasi) mana yg lebih senang utk lanjutkan pelajaran?

Elvroseth berkata...

tak boleh. maaf *tolong jawabkan

Elvroseth berkata...

tak boleh. maaf *tolong jawabkan

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum nak tanya klau saya bukan dari aliran sains mmg x boleh dpt eak

Tanpa Nama berkata...

harap boleh bgi response

Catat Ulasan