04 Jun 2010

mahu belajar bahasa turki?


Yaşasın Türkiye!
(Hidup Turki!)


Biz Türkiyeyi Destekliyoruz!
(Kami Menyokong Turki!)

Türkiye, Senin Arkandayız!
(Turki, Kami di belakangmu!)

İsrail Akibetini Görecek!
(Israel akan Mendapat Balasannya!)
Biz Bir Milletiz!
(Kita Satu Ummah!)
Hilafet Gemisi Nerede Batmışsa Oradan Çıkacak!
(Di Mana Kapal Khilafah Tenggelam, Dari Situlah Ia Akan Timbul!)

Türkiye Seninle Gurur Duyuyor!
(Turki, Kami Bangga Denganmu!)


Penulis sangat meminati Turki. Kalau berduit lebih, penulis mahu ke sana. Dengan modal wang belanja dan kamera baru, penulis akan menjelajah seluruh Turki insyaAllah.




Hagia Sophia , Turkey (Masjid Aya Sofia, kini dijadikan muzium oleh sekularist, salah satu mercu tanda Turki)
Kenapa?

Turki adalah kenangan manis mereka yang bergelar muslim. Penulis adalah seorang muslim yang tahu sedikit sebanyak tentang kenangan manis ini.

Tahukah anda bahawa Kerajaan Khilafah Islam terakhir adalah di Turki? Barat menamakan kerajaan ini Ottoman Empire. Peranan yang dimainkan kerajaan ini besar, antaranya bertindak seperti PBB atau OIC bagi seluruh dunia Islam pada masa tersebut. Jatuh pada 1924 setelah bertahan berkurun-kurun daripada serangan barat dan yahudi sama ada dalam bentuk politik, kewangan dan ketenteraan.


wilayah pengaruh Uthmaniah zaman moyang2 kita dulu-dulu

Jangan terkejut jika fenomena Ottoman Empire ini disebutkan dalam banyak buku sejarah orientalis Barat (walaupun dari sudut mereka yang berat sebelah). Banyak buku ini boleh didapati di perpustakaan PTAR 1.





salah satu dari puluhan buku tentang sejarah khilafah di PTAR1

Tahukah kita bahawa jasa kerajaan ini mendapatkan Constantinople (Istanbul, Turki) pada tahun 1453 pernah disebutkan dalam hadis Rasul? Gambar dibawah ialah Sultan Muhammad el-Fatih, sebaik-baik ketua yang memimpin sebaik-baik tentera yang disebut nabi. Beliau hidup 800 tahun setelah kewafatan nabi. Strategi beliau (warfare) diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.





Sultan Muhammad al-Fatih


Penulis pernah cuba membentangkan tajuk "SIGNIFICANCE OF OTTOMAN EMPIRE TO US" ketika pembentangan 'presentation skills' di UiTM.

Penulis kecewa kerana mungkin sejarah ini jarang diperkatakan, penulis ditanya semula oleh salah seorang 'audien' "Can you tell me what is the significance of Ottoman Empire to us?".Mungkin penulis kurang meletak gambar, atau cara pembentangan penulis yang mengarut dan membosankan- gagal menyampaikan mesej kepada audien. Setelah membebel selama lebih 10 minit dihadapan kelas, baru penulis sedar yang sebenarnya 'saya syok sendiri'..sedihnya.

Apa yang penting adalah kita sedar dan tahu dimana kita berada sekarang. Siapa yang tidak tahu sejarah, kemungkinan besar orang ini akan mengulangi sejarah itu.

Turki adalah memoir umat. Tangis umat Islam zaman datuk nenek kita (maksud saya awal 1900-an) telah ditenggelamkan penjajah British! Payung gergasi umat Islam yang melindungi muslimin dan muslimat, agama ini dan 3 tanah suci umat Islam telah hilang!

Sedarkah kita?

Perkara besar ini telah luput dari minda berjuta-juta umat islam hari ini termasuk student2 UiTM. Apa nak buat,nasib badan....
Kini dengan kerajaan pimpinan perdana menteri Recep Tayyip Erdogan, rakyat Turki boleh dikatakan bangkit daripada pemikiran sekular kepada sekurang-kurangnya seperti kita. Isu pengharaman tudung sudah ditarik balik di turki memberi isyarat bahawa Islam boleh kembali diamalkan di Turki setelah Islam dijadikan barang purba oleh Mustafa Attartuk yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniah ini. Dan sekarang Turki adalah satu-satunya negara sunnah di rantau Asia Barat yang berani mengecam Israel.

Dimana kapal khilafah tenggelam, disitu ia akan timbul kembali!

0 comments:

Catat Ulasan