27 September 2009
batu dan golek
batu dan golek?
hahaha
kenapa batu dan golek? Saya pilih perkataan ini kerana
yang bulat tak datang bergolek.. dan yang pipih tak datang melayang
bagaimana membentuk satu kesatuan dalam pemikiran antara kita?
bakal profesional
yang berfikir
yang bekerja
yang membentuk saf seakan-akan benteng yang kukuh!
dinamik bukan statik!
membina generasi harapan
bagaimana?
persoalan kompleks ini hanya mampu dijelaskan oleh si "dia" yang mempunyai
fikrah dan kesedaran,
keyakinan dan pendidikan (tarbiah) dari Allah
andalah si "dia" itu!
Dr. Wan Johan Ariff Wan Daud, (dr. Jo ....alright bro..haha trademark beliau) bagi saya adalah contoh sempoi si "dia"...kata-kata beliau sewaktu menjadi supervisor dalam simulation lab modul OP 2nd year melambangkan satu contoh kata-kata seorang profesional yang baik, yang mengajak supaya berfikir
pits, fissure kat gigi, setiap benda ade function Allah Taala jadikan...
menulis tentang tarbiah, saya teringat kata-kata seorang ikhwah yang memberi tazkirah sewaktu program iktikaf ISMA (Ikatan Musimin Malaysia) di UIAM, 23 ramadhan tempoh hari...
'anggaplah apa sahaja sebagai tarbiah Allah, walau accident jatuh motor sekalipun'
Bagi saya, pemikiran sebeginilah antara ramuan untuk mereka yang tidak cepat berputus asa.
lihat bagaimana Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam tidak berputus asa sekalipun direjam dengan batu-batu Taif, dikatakan gila dan pembohong..
bagaimana Khadijah radhiallahu anha setia disamping suami menghadapi boikot Quraysh
bagaimana Aiesyah radhiallahu anhuma berserah dalam tohmahan palsu Yahudi
bagaimana Yusuf alaihissalam tidak berputus asa sekalipun difitnah seks,
bagaimana agungnya iman Yahya alaihissalam dipancung oleh Raja Herod
dan Zakaria alaihissalam digergaji kepala
bagaimana sultan al-fatih tidak berputus asa dan berstrategi paling gempak dalam sejarah saat-saat kepayahan membuka Constantinople yang dijanjikan Rasulullah
bagaimana pemuda-pemuda kahfi melindung iman dari keterlampauan pemerintah
bagaimana alBanna melangkah ke dalam setiap masjid dan pusat hiburan di Mesir, mengajak masyarakat moden Mesir pasca tahun 1924 yang kebaratan kembali kepada kebenaran
bagaimana Dr Tsana bt Hasan alBanna dan adik-beradiknya mengharungi hidup tanpa ayah yang dibunuh kerana berdakwah
apa kita tidak cukup upaya menjejak langkah mereka?
dimana 'INTELEKTUAL' kita?
mengapa masih simpan pesona kekuatan muda kita?
'tergari kita kerana dosa-dosa sendiri'
buat saya dan sahabat-sahabat
ikutlah dan taatlah
jadilah manusia yang berfikir, yang bekerja, yang seakan-akan benteng yang kukuh...
itu pilihan yang lebih baik
kalaulah kita melihat
kalaulah kita mengerti...
yang pasti, batu dan golek bukan realiti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan